DEWAN ULAMA’ W.P

Icon

Cakna ulama’,kebersamaan dalam pelbagai perkara dan amanah diatas tugas para anbiya’,’The boon and bane of Islamic Society’

Taujihat

BULAN REJAB MENURUT PERSPEKTIF AL-QURAN DAN AS-SUNNAH

Rejab 26, 1428H| In Fadhilat, Rejab, Artikel |

PENGENALAN

1. Rejab ertinya “Mulia”. Bulan Rejab adalah bulan mulia. Ia diberi nama sedemikian kerana bangsa Arab dahulu sangat memuliakan bulan ini dengan 4 cara iaitu: -

(i) Tanggal 1hb Rejab mereka menyembelih anak unta sebagai qurban.

(ii) Tanggal 1hb Rejab mereka akan membuka pintu Ka’abah siang dan malam agar dapat beribadah dengan sepuasnya.

(iii) Tanggal 10hb Rejab mereka kembali menyembelih qurban tetapi tidak lagi anak unta. Amalan ini telah dibatalkan setelah datangnya Islam.

(iv) Bulan diharamkan berperang, setelah datangnya Islam amalan ini juga telah dibatalkan.

2. Tanggal 27hb Rejab berlakunya peristiwa penting dalam kehidupan Rasulullah SAW iaitu Isra’ dan Mi’raj. Terdapat khilaf di kalangan ulama’ mengenai tarikh sebenar berlakunya peristiwa ini tetapi jumhur ulama’ bersepakat menerima ianya berlaku pada 27hb Rejab. Tarikh berlakunya Isra’ dan Mi’raj tidaklah penting tetapi umat Islam wajib meyakini bahawa peristiwa ini benar-benar berlaku ke atas tubuh mulia Rasulullah SAW berdasarkan dalil qatie dari al-Quran dan hadis-hadis sahih.

<!–[if !supportLists]–>3. <!–[endif]–>Pada bulan ini juga berlakunya peperangan Tabuk pada tahun 9 Hijrah iaitu peperangan terakhir yang disaksikan oleh Rasulullah SAW.

BULAN REJAB MENURUT AL-QURAN

Al-Quran tidak menyebut secara khusus mengenai bulan Rejab dan kelebihannya melainkan terdapat dua surah yang menyentuhnya secara tidak langsung iaitu surah al-Baqarah (ayat 194 dan 217) dan surah at-Taubah (ayat 2, 36 dan 37). Di antara dalil al-Quran ialah firman Allah SWT yang bermaksud:-

“Bulan haram dengan bulan haram, dan pada sesuatu yang patut dihormati,…”

(Al-Baqarah: 194)

“Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah ialah 12 bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antara 4 bulan haram ¹ …”

(At-Taubah: 36)

Ulama berselisih pendapat kenapa bulan-bulan ini (bulan Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab) dinamakan bulan haram. Pertama, dikatakan bahawa ia disebabkan kebesaran kehormatannya, sebagaimana besarnya dosa yang dikira jika dilakukan dalam bulan itu.

Ibn Abbas berkata bahawa sesungguhnya Allah mengkhususkan keempat-empat bulan itu, sebagaimana ganjaran besar untuk amalan soleh yang dilakukan dalam bulan itu.

Kedua, dikatakan juga ia dinamakan bulan haram lantaran pengharaman peperangan dilakukan dalam bulan itu dan ia dalah amat dikenali pada masa jahiliyah dan dikatakan juga ia dilakukan sejak zaman Nabi Ibrahim a.s.

 

(1) Maksudnya antara lain ialah: bulan haram (bulan Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab)

Dikatakan juga oleh ulama bahawa keempat-empat bulan itu dinamakan haram berikutan pengharaman peperangan disebabkan ibadah haji dan umrah yang dilakukan dalam bulan haram itu. Bulan Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram adalah tiga bulan yang berturutan. Maka, diharamkan bulan Zulkaedah lantaran bakal haji melakukan perjalanan ke Makkah dalam bulan itu. Bulan Zulhijjah disebabkan ibadah haji dilakukan dalam itu dan bulan Muharram pula mereka yang mengerjakan ibadah haji akan kembali ke tempat masing-masing. Pengharaman ini bagi membolehkan mereka yang mengerjakan haji berasa aman terhadap keselamatan diri. Rejab pula diharamkan lantaran ibadah umrah dilakukan dalam bulan itu pada pertengahan tahun.

BULAN REJAB MENURUT AS-SUNNAH

Berdasarkan dalil al-Quran jelas menunjukkan bahawa bulan Rejab termasuk dalam bulan-bulan yang sangat dimuliakan atau dipanggil juga Al-Ashhur Hurum. Perlu ditegaskan bahawa melakukan puasa dalam bulan-bulan ini adalah dituntut (mandub). Ada hadis yang menyebut bahawa Rasulullah SAW menyuruh para sahabat melakukan puasa sunat dalam bulan Al-Ashhur Hurum. Berpuasa dalam bulan Rejab adalah dituntut tetapi tiada satu hadis sahih yang mebuktikan bahawa berpuasa pada hari-hari tertentu dalam bulan Rejab akan mendapat ganjaran istimewa.

Dalam satu riwayat datang seorang lelaki dari Bahilah datang menemui Rasulullah SAW dan bertanya, “Ya Rasulullah, saya adalah lelaki yang datang menemui anda pada tahun pertama” Ujar Nabi SAW, “Kenapa keadaanmu telah jauh berubah padahal dahulunya kelihatan baik? Kata lelaki itu, “Semenjak berpisah dengan anda, saya tidak makan hanyalah di waktu malam” Maka tanya Rasulullah SAW “Kenapa kamu seksa dirimu?” Lalu sabdanya “Berpuasalah pada bulan sabar – yakni bulan Ramadan dan satu hari dari setiap bulan!” Tambahlah buatku kerana saya kuat melakukannya! Ujar lelaki itu. “Berpuasalah dua hari! Sabda Nabi. “Tambahlah lagi!” Mohon lelaki itu pula. Maka Nabi SAW bersabda “Berpuasalah dalam bulan suci (haram) lalu berbukalah! (kemudian diulangi sebanyak tiga kali) sambil mengucapkan itu Nabi SAW memberi isyarat dengan jari-jarinya yang tiga, mula-mula digenggam lalu dilepaskan” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, Ibn Majah dan Baihaqi dengan sanad yang baik).

Berpuasa dalam bulan-bulan haram iaitu empat bulan, tiga bulan berturut-turut (Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram) dan satu bulan berasingan (Rejab) adalah sebaik-baik bulan untuk berpuasa selepas Ramadan. Sebaik-baik bulan haram ialah Muharram diikuti dengan Rejab dan seterusnya. Keempat-empat Imam Mazhab sepakat mengatakan bahawa berpuasa dalam bulan haram sangat dituntut namun adalah makruh memilih bulan Rejab sahaja untuk berpuasa.

Terdapat satu hadis yang bertaraf hasan menceritakan bahawa Rasulullah SAW telah berpuasa (di dalam bulan Rejab) lebih banyak daripada bulan Sya’aban dan bila ditanya, baginda menyatakan, kerana ia (Rejab) bulan pengampunan di antara Rejab dan Ramadan. Ada sebahagian masyarakat berpuasa berturut-turut (Rejab, Sya’aban dan Ramadan) di ketiga-tiga bulan. Ini bukannya dari Rasulullah SAW, bukan dari sahabat dan salafussoleh. Yang terlebih baik ialah berpuasa sebahagiannya atau berpuasa selang sehari dan bukan berterusan. Inilah sunnah Rasulullah SAW.

PERSELISIHAN PENDAPAT MENGENAI HADIS-HADIS BERKAITAN

KELEBIHAN BULAN REJAB

Memang terdapat banyak hadis yang menyebut secara khusus mengenai kelebihan-kelebihan yang terdapat dalam bulan Rejab. Ulama berselisih pendapat sama ada hadis-hadis ini boleh diterima untuk diamalkan atau ditolak berdasarkan penilaian hadis-hadis yang diklasifikasikan sebagai dha’if, sangat dha’if dan maudhu’ (palsu). Sebahagian ulama dan para pendakwah masa kini mengambil sikap berhati-hati dan sebahagiannya menolak hadis-hadis ini dan melarangnya disampaikan kepada masyarakat. Di antara contoh hadis-hadis mengenai bulan Rejab yang adalah seperti berikut: -

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud;

<!–[if !supportLists]–>· <!–[endif]–>“Rejab bulan Allah, Sya’aban bulanku (Nabi Muhammad SAW), Ramadan bulan umatku”.

(Hadis ini dikatakan mun’kar ² bahkan dianggap maudhu’ dan tiada padanya nilai ilmiah yang boleh dipertanggungjawabkan)

<!–[if !supportLists]–>· <!–[endif]–>“Dalam syurga ada sebuah sungai bernama Rejab, airnya lebih putih daripada susu, lebih manis daripada madu. sesiapa berpuasa dalam bulan Rejab, nescaya diberi minum air sungai itu”.

(Hadis ini juga dhai’f)

<!–[if !supportLists]–>· <!–[endif]–>“Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Rejab, sama seperti ia berpuasa sebulan. Sesiapa berpuasa 7 hari nescaya ditutup daripadanya 7 pintu neraka Jahannam. Sesiapa berpuasa 8 hari, nescaya dibuka 8 pintu syurga”. (Hadis ini dha’if)

Perbahasan: Penentuan sesuatu hadis sama ada ianya sahih, hasan, dha’if dan sebagainya disebabkan oleh perawi (pembawa)nya. Ini memerlukan satu perbincangan yang panjang. Kita bersetuju bahawa apabila sesuatu hadis yang hendak disampaikan oleh seseorang penceramah, beliau hendaklah menyebut kedudukan hadis tersebut dan siapa yang meriwayatnya. Perlu dijelaskan di sini bahawa adalah tidak patut hanya disebabkan hadis itu dha’if, maka ia perlu diketepikan dan ditolak mentah-mentah. Hadis dha’if adalah tetap hadis dan ia bukannya maudhu’. Penilaian ulama terhadap perawi sesuatu hadis adalah berbeza-beza. Seseorang ulama hadis mungkin menilai hadis itu dha’if atau maudhu’ pada kajiannya sahaja akan tetapi kepada ulama hadis yang lain ia tidak begitu. Sekiranya seorang atau dua ulama yang menilai sesuatu hadis itu dha’if tidaklah sampai menjejaskan hadis tersebut. Mungkin di antara perkara ganjil yang terdapat di dalam hadis yang dianggap dha’if ialah besarnya ganjaran pahala yang dijanjikan apabila kita melakukan sesuatu amalan yang dianggap sedikit. Perkara ini janganlah dijadikan persoalan kerana ganjaran yang besar itu hanya pada anggapan akal fikiran kita sahaja tetapi ianya adalah kecil di sisi Allah SWT yang Maha Kaya dan Maha Pemurah untuk hamba-hambaNya yang sentiasa mencari dan mengharapkan rahmat serta keredhaanNya.

Selain berpuasa di bulan Rejab, kita dianjurkan memperbanyakkan berdoa’, solat sunat, berselawat, bersedeqah, beristighfar, membaca al-Quran dan berzikir. Dalam kitab Raudhoh Imam Nawawi ada menyebutkan “Malam awal Rejab mustajab doa’nya”.

Marilah sama-sama kita merebut peluang-peluang keemasan yang terdapat dalam bulan Rejab ini dengan memperbanyakkan amalan kebaikan. Namun begitu, setiap amalan mestilah bersandarkan kebenaran dan tidak terkeluar dari batas yang dibenarkan termasuk mengelakkan diri daripada melakukan perkara-perkara bid’ah.

Wallah hu’alam bissawab.

Rujukan:

 

 

1. Terjemahan Al-Quran Al-Karim

2. FIQH dan Perundangan Islam – Dr Wahbah Az-Zuhaili

3. Fikih Sunnah – Sayid Sabiq

4. Fatwa Masa Kini (Jilid 3 & 4) – Dr Yusuf Al-Qaradawi

5. Islam & Manusia (1001 Kemusyiklan) – Dr Abdul Hayei Abdul Sukor

6. Fazilat Bulan Rejab, Sya’ban & Ramadzan – Budiman Radzi

7. Fatwa Online (Islam Online)

8. Dairi Islamiah 1999

9. Kuliah Zuhur – Maulana Syed Noor Muhammad (Kelulusan Mufti)

 

 

(2) Hadis Munkar: Perawinya fasiq (melakukan maksiat)

 

 

 

 

Tafsir al-Quran: Syariat terdahulu termansuh

Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Fri | Jul 13, 07 | Dupwp Jul 20,07
Tafsir Surah al-Maidah ayat 70: Iaitu golongan yang beriman kepada Allah, hari akhirat dan beramal dengan amalan yang soleh di atas syariat yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Orang yang hanya pandai mengaku sebagai orang Islam tetapi tidak beramal dengan syariat yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w., mengikut syariat lain termasuk dari England, Rusia dan seumpamanya, semuanya ini tidak selamat. lk.jpg

Orang Yahudi, Sobiin dan Nasara yang terus-menerus berpegang dengan agama asal mereka yang telah dinasakhkan sementara mereka tidak masuk Islam dan tidak menjadi pengikut nabi Muhammad s.a.w.

Bahkan mereka sendiri tidak mengikut kitab mereka yang menerangkan tentang kezahiran Nabi Muhammad s.a.w. pada akhir zaman.

Mereka tidak selamat melainkan apabila mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat serta beramal dengan amal yang soleh di atas syariat yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. yang diutuskan kepada seluruh manusia dan jin di akhir zaman.

Syariat Nabi Muhammad s.a.w. menasakhkan syariat nabi-nabi zaman dahulu serta kitab-kitab zaman dahulu walaupun kita wajib beriman kepada semua nabi-nabi dan kitab-kitab yang diturunkan kepada mereka namun syariatnya tidak boleh dipakai lagi kerana ia telah dinasakhkan oleh syariat yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Barangsiapa yang melakukan amal soleh tetapi tidak menepati apa yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. maka amalan itu ditolak kerana sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud, “sesiapa yang mengada-ngadakan perkara yang bukan dari agama maka dia ditolak.”

Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud, “Sesiapa yang beramal dengan sesuatu amalan yang bukan daripada urusan agama kami (agama Islam) maka dia ditolak (tidak diterima oleh Allah SWT).”

Hanya mereka yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta beramal dengan amalan yang soleh mengikut syariat Nabi Muhammad s.a.w. sahaja yang selamat sehingga tidak ada ketakutan lagi kepada mereka pada hari kiamat kelak khasnya.

Firman Allah yang bermaksud, “Dan tiadalah mereka berdukacita.” (Surah al-Maidah: 69)

Ketika kebanyakan manusia dalam ketakutan dan dalam keadaan dukacita pada hari akhirat, mereka selamat. Mudah-mudahan kita juga selamat dengan menjadi pengikut yang sebenar kepada Nabi Muhammad s.a.w., beriman kepada Allah, hari akhirat dan mengikut ajaran Allah SWT.

Firman Allah yang bermaksud, “Demi sesungguhnya Kami telah mengambil perjanjian setia dari Bani Israil dan Kami telah utuskan kepada mereka beberapa orang Rasul tetapi setiap kali datang seorang rasul kepada mereka dengan membawa apa yang tidak disukai oleh hawa nafsu mereka, mereka mendustakan sebahagian dari rasul-rasul itu dan mereka membunuh sebahagian lagi.” (Surah al-Maidah:70)

Dalam ayat ini Allah Ta’ala menyebut bahawa Dia telah mengadakan perjanjian dengan Bani Israil. Perjanjian yang telah disebut di dalam Surah al-Baqarah yang telah ditafsirkan dahulu iaitulah mengesakan Allah dan menolak syirik, melakukan perkara yang baik dan meninggalkan perkara yang tidak baik sebagaimana yang dibawa oleh Nabi-nabi dan Rasul-rasul a.s.

Dan ini berkaitan dengan permulaan surah ini menyebut supaya menunaikan janji dengan Allah SWT lebih besar daripada janji dengan yang lain.

Bani Israil berjanji untuk mendengar dan taat akan Allah dan Rasul-Nya. Tiba-tiba mereka telah melanggar janji itu dan mengikut hawa nafsu serta kemahuan akal fikiran mereka yang lebih didahulukan daripada hukum syariat yang diturunkan oleh Allah SWT.

Inilah antara perangai Bani Israil, mestilah menjadi pengajaran kepada orang Islam. Mereka berjanji dengan Allah apabila mereka berikrar dengan dua kalimah syahadah.

Berjanji tiada tuhan yang sebenar melainkan Allah yang layak disembah dan diterima hukum-hakamnya. Tetapi Bani Israil telah melanggar janji mereka dengan Allah SWT.

Mereka mengada-ngadakan tuhan yang lain daripada Allah, mereka mengadakan hukum yang lain daripada hukum Allah.

Apabila didapati ternyata ada hukum tertentu dari Allah, mereka mengkaji terlebih dahulu dengan akal cetek mereka.

Sekiranya sesuai dengan fikiran mereka, mereka menerima dan melaksanakannya. Tetapi sebaliknya jika tidak sesuai dengan akal fikiran, mereka menolaknya dan menggantikannya dengan hukum mereka sendiri atau ciptaan manusia yang lain. Inilah perangai Bani Israil yang dilaknat oleh Allah. – lanh

 

TAFSIR QUR’AN AL-TIBYAN : SATU PENGENALAN

Pendahuluan-Dupw:Jul 20,07

Terjemahan dan tafsir al-Qur’an secara lengkap 30 juzuk yang dilakukan oleh ulama-ulama Asia Tenggara tidak banyak jika dibandingkan dengan ilmu-ilmu yang lainnya. Tetapi terjemahan dan tafsir ayat-ayat al-Qur’an atau pun sesuatu surah ataupun sesuatu juzuk tertentu boleh dikatakan banyak juga. Dengan demikian dapat dibuktikan bahawa161084884_153bcf47a6_m.jpg ulama-ulama Asia Tenggara juga berkemampuan dalam bidang penterjemahan dan pentafsiran al-Qur’an. Terjemahan dan tafsir al-Qur’an yang pertama sekali dalam bahasa Melayu diusahakan oleh Syeikh Abdul Rauf bin ‘Ali al-Fansuri, tetapi tidak sempat diselesaikan, ia diselesaikan oleh murid beliau Baba Daud bin Agha Ismail al-Jawi bin Agha Mustafa al-Rumi. Kitab tersebut dinamakan Turjuman al-Mustafid atau lebih popular dinamakan Tafsir Baidawi Melayu. Kitab ini ditashih oleh Syeikh Ahmad al-Fatani, tashih-tashih kemudian dilakukan oleh 2 orang murid beliau, Syeikh Idris bin Husein al-Kalantani dan Syeikh Daud bin Ismail al-Fatani.[1]

Meskipun Turjuman al-Mustafid bukan terjemahan langsung daripada kitab suci al-Qur’an dan ia masih belum lengkap dan sempurna dari sudut bahasa Indonesia moden, namun pekerjaan beliau ini adalah besar nilainya sebagai pembuka jalan kepada para ulama Islam Indonesia untuk menterjemahkan makna al-Qur’an.[2]

Pada tahun 1347 H/1928 M, A. Hassan (guru Persatuan Islam Bandung) telah menghasilkan terjemahan al-Qur’an yang berjudul al-Furqan Fi Tafsir al-Qur’an. Inilah terjemahan makna al-Qur’an yang pertama kali diterbitkan dalam bahasa Indonesia.[3]

Selepas itu muncul pula beberapa terjemahan al-Qur’an dalam bahasa Indonesia, antaranya ialah :
i. Qoer’an Indonesia oleh kumpulan Muhammadiyyat (1351 H/1932 M) yang diterbitkan oleh Syarikat Kwekschool ;
ii. Tafsir Hibarna oleh Iskandar Idris (1353 H/1934 M);
iii. Tafsir al-Syamsiyah oleh K.H. Sanusi (1354 H/1935 M);
iv. Tafsir al-Qur’an al-Karim oleh A. Halim Hassan ; Zainal Ariffin Abbas dan Abdul Rahman Haitami (1357 H/1938 M);
v. Tafsir al-Qur’an Bahasa Indonesia oleh Mahmud Aziz (1361 H/1942 M);
vi. Tafsir al-Qur’an al-Karim oleh Mahmud Yunus (1370 H/1950 M);
vii. Tafsir al-Qur’an Jawa Jawi oleh R. Jayasugita dan Multi Syarih (1378 H/1958 M);
viii. Tafsir al-Qur’an oleh H. Zainuddin Hamidi (1379 H/1959 M);
ix. al-Ibriz oleh K.H. Bisyri Mustafa Rembang (1380 H/1960 M);
x. Tafsir al-Qur’an al-Hakim oleh H.M. Kassim Bakry (1380 H/1960 M);
xi. Tafsir al-Azhar oleh HAMKA (1386 H/1966 M);
xii. Departemen Agama oleh Lembaga Penyelenggara Dan Penterjemah Departemen Agama Islam Republik Indonesia (1387 H/1967 M);
xiii. Tafsir al-Bayan oleh M. Hasbi al-Shiddieqiy (1391 H/1971 M);
xiv. al-Huda oleh H. Bakri Syahid (1392 H/1972 M);
xv. Tafsir al-Qur’an Majid al-Nur juga oleh M. Hasbi al-Shiddieqiy (1393 H/1973 M);
xvi. Departemen Agama oleh Redaksi Penerbit Bahrul Ulum pimpinan H. Bakhtiar Surin dan terdapat banyak terjemahan al-Qur’an, antaranya ada yang lengkap dan ada yang tidak lengkap.[4]

Antara tafsir al-Qur’an yang dihasilkan oleh ulama Nusantara pada abad ke 20 ialah Tafsir Qur’an al-Tibyan. Ia digarap Almarhum Muhammad Said dalam bahasa Indonesia moden. Makalah ini akan menyoroti aspek sistematika, metodologi dan keistimewaan Tafsir Qur’an al-Tibyan.

1. Biografi Pengarang Tafsir Qur’an al-Tibyan

Tafsir Qur’an al-Tibyan adalah hasil karya Muhammad Said (Almarhum). Bagaimanapun, penulis tidak mendapat banyak maklumat tentang biografi ataupun profil tentang beliau. Almarhum menurut penerbit kitabnya, termasuk penulis yang rajin dan produktif. Antara karya beliau ialah :
i. Awwal al-Din Ma’rifat Allah ;
ii. Kunci Solat ;
iii. 101 Doa ;
iv. Sendi Agama ;
v. Tafsir Juz ‘Amma.[5]

2. Objektif Tafsir Qur’an al-Tibyan

Objektif penulisan Tafsir Qur’an al-Tibyan dijelaskan oleh pengarangnya sebagaimana berikut :

“Empat belas abad yang lalu, al-Qur’an telah menimbulkan revolusi yang maha hebat, bukan sahaja di Arab, tetapi merembes juga ke seluruh penjuru dunia, bukan sahaja di bidang mental, tetapi menyeluruh, meliputi segala bidang kehidupan.
Hal itu terjadi kerana al-Qur’an diturunkan dalam bahasa sehari-hari, bahasa rakyat Arab yang pada waktu itu sedang memuncak seni sasteranya, sehingga al-Qur’an bisa berdialog dengan orang yang membacanya. Dan memang oleh kerana dulu al-Qur’an itu selain dibaca dan dapat dimengerti oleh rakyat umumnya, juga diamalkan dalam kehidupan sehari-hari oleh umat Islam.

Akan tetapi sekarang, oleh kerana merosotnya kebudayaan Islam, terutama dalam lapangan seni sastera, al-Qur’an sudah tidak banyak lagi dibaca orang, apalagi diwujudkan dalam kehidupan sehari-hari. Oleh kerana itu, al-Qur’an sudah tidak berdialog lagi dengan kebanyakan manusia. Memang di Indonesia masih banyak dibaca orang, tetapi hanya sekadar dilagu-lagukan saja dan sekadar untuk diambil berkahnya saja. Ada juga yang mahu mempelajarinya dari kitab tafsir, tetapi banyak terbentur kepada terjemahannya, pengalihbahasaannya secara lafzi-harfiah, sehingga al-Qur’an tidak bisa berdialog dengan bangsa Indonesia.

Pengalihbahasa Tafsir al-Qur’an ini berusaha menyalinnya dalam bahasa yang gampang yang dapat dimengerti oleh rakyat pada umumnya, dengan susunan dan gaya bahasa sendiri (bukan Arab, seperti halnya terjemahan lafzi) dengan maksud gampang dipelajari dan ditangkap apinya sehingga dapat menjiwai para pembacanya (umat Indonesia) dalam rangka meneruskan revolusinya, menghancurkan Neo kolonialisme dan Imperialisme, membangun dunia baru, masyarakat adil makmur yang diredhai oleh Allah s.w.t.
Kemudian saya mohonkan hidayah dan taufik kepada Allah s.w.t. untuk kita semua, semoga tafsir ini bermanfaat.”[6]

Dapat disimpulkan bahawa pengarangnya adalah seorang revolusioner yang bersenjatakan pena. Beliau tidak ragu-ragu melahirkan optimis bahawa al-Qur’an adalah sumber revolusi dan peradaban. Melalui pembacaan dan pemahaman al-Qur’an, bangsa Indonesia diseru agar dapat membangkitkan revolusi untuk menghancurkan neo kolonialisme dan imperialisme. Dan di atas runtuhan isme-isme itu, berusaha membangunkan dunia baru dan masyarakat adil makmur yang diredhai Tuhan. Untuk mencapai cita-cita itu, pengarangnya mengharapkan beliau turut mempunyai saham melalui tafsir garapannya.

3. Sistematika Tafsir Qur’an al-Tibyan

Di kalangan mufassir ada 4 sistematika penyusunan tafsir, iaitu :
3.1. Tartib Mashafi, iaitu sistematika penyusunan kitab tafsir al-Qur’an sesuai dengan tertib susunan ayat-ayat dalam mashaf, ayat demi ayat dan surah demi surah. Kebanyakan tafsir memakai sistematika ini, sama ada yang bermetode tahlili, ijmali mahupun muqaran.[7] Contohnya :
i. Tafsir al-Tabari atau Jami‘ al-Bayan fi Ta’wil al-Qur’an ; dan
ii. Tafsir Ibn Kathir atau Tafsir aI-Qur’an al-‘Azim.

3.2. Tartib Nuzuli, iaitu sistematika pentafsiran al-Qur’an yang berdasarkan urutan kronologi turunnya kelompok ayat atau surah-surah al-Qur’an. Contohnya :
i. Tafsir al-Hadith karya Muhammad ‘Isa Darwazah ; dan
ii. Tafsir al-Amanah karya Muhammad Quraish Shihab.[8]

3.3. Tartib Mashafi Hukmi, iaitu sistematika penyusunan kitab tafsir al-Qur’an dengan mengambil ayat-ayat hukum sahaja dalam tartib mashafi. Dalam kelompok ayat-ayat hukum biasanya muncul tema-tema hukum yang pembahasan itu akan berulang sesuai tartib mashafinya.[9] Contohnya :
i. Ahkam al-Qur’an karya al-Jassas ; dan
ii. Rawai‘ al-Bayan fi Tafsir Ayat al-Ahkam karya Muhammad ‘Ali al-Sabuni.

3.4. Tartib Mawdu‘i, iaitu sistematika pentafsiran al-Qur’an berdasarkan topik-topik permasalahan yang hendak dibahas,[10] iaitu suatu bentuk huraian terhadap tajuk-tajuk tertentu seperti yang dibentangkan oleh al-Qur’an menerusi ayat-ayatnya sama ada di dalam satu surah atau di dalam berbagai surah.[11] Contohnya :
i. al-Riba fi al-Qur’an, oleh Abu al-A‘la al-Mawdudi.
ii. al-‘Aqidah fi al-Qur’an al-Karim, oleh Muhammad Abu Zahrah.[12]

Dari pembahagian tersebut, Tafsir Qur’an al-Tibyan dapat dikategorikan sebagai tafsir yang disusun mengikut Tartib Mashafi, iaitu berdasarkan urutan mashaf, bermula dari Surah al-Fatihah hingga Surah al-Nas. Manakala dari segi content, ia mengandungi :
i. Pengantar Penerbit.[13]
ii. Kata Pengantar Pengarang.[14]
iii. Daftar Isi.[15]
iv. Mukadimah.[16]
v. Maksud dan Tujuan al-Qur’an.[17]
vi. Cara Dakwah al-Qur’an [18]
vii. Mukadimah dan Penutup.[19]
viii. Tafsir Surah, mulai Surah al-Fatihah hingga Surah al-Nas.[20]
ix. Catatan Kaki.[21]
x. Daftar Bacaan, pengarang menyenaraikan kitab :
– Al-Manar, Muhammad Rasyid Rida
– Al-Maraghi, Ahmad Mustafa al-Maraghi
– Al-Nasafi, ‘Abd Allah Ahmad al-Nasafi
– Ibn ‘Abbas, Abu Tahir Muhammad Ya’qub Fairuz Abadi
– Al-Qasimi, Muhammad Jamal al-Din al-Qasimi
– Al-Mufradat, Abu al-Qasim Husayn Muhammad al-Asfahani
– Al-Tafsil, Jules La Beaume
– The Glorious Koran, Muhammad Marmaduke Pickthall
– Al-Furqan, Ahmad Hassan
– Tafsir al-Qur’an al-Karim, Mahmud Yunus
– Al-Mushaf al-Muyassar, ‘Abd al-Jalil ‘Isa
– Fath al-Rahman, Ilmi Zadah Fadl Allah Husni Maqdisi
– Asbab al-Nuzul, Abu Hasan Naysaburi.[22]
xi. Indeks, ia mengandungi topik-topik seperti :
– Bidang Ketuhanan
– Dakwah
– Bidang Mentaliti
– Al-Qur’an
– Bidang Agama
– Bidang Keimanan
– Bidang Peribadatan
– Syariat
– Bidang Kemasyarakatan.[23]
xii. Surat Tanda Tashih, iaitu perakuan daripada Lajnah Pentashih Mashaj al-Qur’an bahawa ia sesuai dengan mashaf standard Indonesia.[24]

4. Metodologi Tafsir Qur’an al-Tibyan

4.1. Pengarang memulakan pentafsiran sesuatu surah dengan mukadimah. Pada mukadimah, pengarang menyebutkan jumlah ayat sesuatu surah juga kategori surah, sama ada Makkiyah atau Madaniyyah. Turut disebutkan sebab-sebab penamaan sesuatu surah juga intipati atau kandungan utamanya. Contoh :

Mukadimah

Surah al-Fatihah (pembukaan) yang diturunkan di Mekah terdiri atas 7 ayat adalah surah yang pertama diturunkan dengan lengkap dan termasuk golongan Surah Makkiyah.
Surah ini disebut “al-Fatihah” (pembukaan) kerana dengan surah inilah dibuka dan dimulainya al-Qur’an. Dinamakan “Umm al-Qur’an” (induk al-Qur’an) atau “Umm al-Kitab” (induk al-Kitab) kerana ia merupakan induk bagi semua isis al-Qur’an, serta menjadi intisari dari kandungan al-Qur’an dan kerana itu diwajibkan membacanya pada tiap-tiap sembahyang.
Surah ini dinamakan pula “al-Sab’ al-Mathani ” (tujuh yang berulang-ulang) kerana ayatnya tujuh dan dibaca berulang-ulang dalam sembahyang.
Surah ini mengandungi beberapa unsur pokok yang mencerminkan seluruh isi al-Qur’an, iaitu :
i. Keimanan
ii. Norma-norma Hukum
iii. Kisah-kisah
Sekalian perincian ini terdapat dalam surah al-Fatihah dengan lengkap.[25]

4.2. Pengarang menutup pentafsiran sesuatu surah dengan penutup. Pada penutup, beliau menyebutkan kesimpulan sesuatu surah, hubungan persamaan dan perbezaannya dengan surah berikutnya, tidak lupa juga dengan pengajaran surah yang dapat dijadikan iktibar dan teladan. Contoh :

Penutup

Surah Hud mengandungi hal-hal yang berhubungan dengan pokok-pokok agama, seperti ketauhidan, kerasulan, hari berbangkit, kemudian dihubungkan dengan dakwah yang telah dilakukan oleh para Nabi kepada kaumnya.

Hubungan Surah Hud dengan Surah Yusuf
i. Kedua surah ini sama-sama dimulai dengan Alif Lam Ra dan kemudian diiringi dengan penjelasan tentang al-Qur’an.
ii. Surah Yusuf menyempurnakan penjelasan kisah para Rasul yang disebut dalam Surah Hud dan Surah Yusuf, kemudian kisah itu dijadikan dalil untuk menyatakan bahawa al-Qur’an itu adalah wahyu llahi yang terakhir.
iii. Perbezaan kedua surah ini dalam menjelaskan kisah para Nabi ialah bahawa dalam Surah Hud diutarakan kisah beberapa orang Rasul dengan kaumnya dalam menyampaikan risalahnya, akibat bagi orang yang mengikuti mereka dan akibat bagi orang yang mendusatakan, kemudian dijadikan perbandingan dan khabar yang mengancam kaum musyrikin Arab beserta pengikut-pengikutnya.
Dalam surah Yusuf diterangkan tentang kehidupan Nabi Yusuf yang mula-mula dianiayai oleh saudara-saudaranya, kemudian menjadi orang yang berkuasa yang dapat menolong saudara-saudaranya dan ibu-bapanya. Peribadi Nabi Yusuf a.s. ini harus dijadikan teladan oleh semua yang beriman kepada Nabi Muhammad s.aw.[26]

4.3. Pengarang menambahkan terjemahan tafsiriyyat [27] dengan penjelasan ringkas pada catatan kaki. Beliau juga menjelaskan ayat yang menimbulkan kemusykilan dengan pendekatan bahasa dan ra’yi. Contoh :

i. Firman Allah s.w.t. (bermaksud) :
“Kami sudah mengambil sumpah dari semua Nabi, juga dari engkau, dari Nuh, dari Ibrahim, dari Musa, dari Isa. Semuanya sudah Kami ambil perjanjiannya dengan teguh.”
(Surah al-Ahzab [33] : 7)

Pada catatan kakinya, beliau menyebut :

“Perjanjian yang teguh” ialah kesanggupan menyampaikan agama kepada umatnya masing-masing.[28]

ii. Firman Allah s.w.t. (bermaksud) :
“Kalau Tuhan mahu mengambil tindakan terhadap semua manusia atas perbuatannya, sudah tentu tidak ada yang ketinggalan sekalipun seekor binatang yang melata di atas permukaan bumi ini. Tapi Tuhan menangguhkan mereka sampai pada suatu waktu yang telah ditentukan. Kalau waktunya itu sudah sampai, maka Allah sangat waspada terhadap semua hamba-hambaNya.”
(Surah Fatir [35] : 45)

Pada catatan kakinya, beliau menyebut :

“Dabbah” ertinya makhluk yang melata. Tetapi yang dimaksud di sini ialah manusia.[29]

iii. Firman Allah s.w.t. (bermaksud) :
“Dia tahu pandangan mata yang khianat dan rahsia yang tersimpan dalam hati.”
(Surah al-Mu’min [40] : 19)

Pada catatan kakinya, beliau menyebut :

Yang dimaksud dengan “pandangan mata yang khianat” ialah pandangan yang terlarang, seperti memandang kepada wanita yang bukan muhrimnya.[30]

iv. Firman Allah s.w.t. (bermaksud) :
“Dia padukan dua lautan. Antara keduanya ada perbatasan.”
(Surah al-Rahman [55] : 19-20)

Pada catatan kakinya, beliau menyebut :

Di antara ahli tafsir ada yang berpendapat bahawa “la yabghiyan” maksudnya “maksudnya tidak menghendaki.” Dengan demikian maksud ayat 19-20, ialah bahawa ada dua laut yang kedua-duanya tercerai kerana dibatasi oleh tanah genting, tetapi tanah genting itu tidaklah dikehendaki (tidak diperlukan) maka pada akhirnya, tanah genting itu dibuang (digali untuk keperluan lalu-lintas) maka bertemulah dua lautan itu. Seperti Terusan Suez dan Terusan Panama.[31]

4.4. Pengarang tidak membahaskan ayat-ayat mutasyabihat dari perspektif ilmu kalam. Beliau menghindari daripada mensyarahkannya dengan panjang lebar. Contoh :

i. Firman Allah s.w.t. (bermaksud) :
“Alif, Lam, Mim”
(Surah al-Baqarah [2] : 1)

Pada catatan kakinya, beliau menyebut :

Alif, Lam, Mim dan huruf-huruf hijaiyyah sebangsanya, seperti : Alif, Lam, Ra, Ha, Mim, Ta, Sin dan sebagainya yang tertera di muka beberapa surat al-Qur’an, merupakan perlambang untuk membangkitkan hasrat membaca, bahawa al-Qur’an ini terdiri atas huruf-huruf alfabet. Suatu ciri bahawa seorang muslim harus mempunyai pengetahuan baca tulis.[32]

ii. Firman Allah s.w.t. (bermaksud) :
“Ta, Sin, Mim.”
(Surah al-Qasas [28] : 1)

Pada catatan kakinya, beliau menyebut :

Ialah huruf-huruf abjad yang terletak pada permulaan sebahagian daripada surah-surah al-Qur’an seperti : Alif Lam Mim, Alif Lam Ra, Alif Lam Sad dan sebagainya.
Di antara ahli-ahli tafsir ada yang menyerahkan pengertiannya kepada Allah kerana dipandang termasuk ayat-ayat mutasyabihat, dan ada pula yang mentafsirkannya. Golongan yang mentafsirkannya, ada yang memandangnya sebagaimana surah dan ada pula yang berpendapat bahawa huruf-huruf abjad itu gunanya untuk menarik perhatian para pendengar supaya memperhatikan al-Qur’an itu, dan untuk mengisyaratkan bahawa al-Qur’an itu diturunkan dalam bahasa Arab yang tersusun dari huruf-huruf Arab/abjad. Kalau mereka tidak percaya bahawa al-Qur’an diturunkan dari Allah dan hanya buatan Muhammad s.a.w. semata-mata, maka cubalah mereka buat semacam al-Qur’an itu.[33]

4.5. Pengarang menjelaskan dengan ringkas penetapan dan pemansuhan hukum syariat. Beliau juga mentarjihkan pendapat tanpa menukilkan berbagai pendapat daripada berbagai imam mazhab fiqh tertentu. Contoh :

i. Firman Allah s.w.t. (bermaksud) :
“Dan wanita-wanita yang dicerai itu harus menahan diri (menunggu) tiga kali quru’ dan tidak boleh mereka menyembunyikan isi kandungannya yang telah diciptakan oleh Allah, jika mereka benar-benar percaya kepada Allah dan Hari Kemudian…”
(Surah al-Baqarah [2] : 228)

Pada catatan kakinya, beliau menyebut :

Quru’ dapat bererti “masa suci dan masa haid.” Menurut riwayat-riwayat yang kuat , quru’ di sini maksudnya “masa suci.” Jadi, jika perempuan yang bercerai tadi hendak kahwin dengan laki-laki lain, maka dia harus menunggu tiga kali masa suci haidnya.[34]

ii. Firman Allah s.w.t. (bermaksud) :
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan riba sampai berlipat ganda banyaknya. Hendaklah kamu takut kepada Allah supaya kamu mendapat kejayaan.”
(Surah Ali Imran [3] : 130)

Pada catatan kakinya, beliau menyebut :

Yang dimaksud riba di sini ialah riba nasiah. Menurut sebahagian besar ulama bahawa riba nasiah itu selamanya haram, walaupun tidak berlipat ganda. Riba itu itu ada dua macam : nasiah dan fadl. Riba nasiah ialah pembayaran lebih yang disyaratkan oleh orang yang meminjamkan. Riba fadl ialah penukaran lebih dari satu barang sejenis yang disyaratkan oleh orang yang menukarkan seperti emas, perak, gandum, beras dan garam. Riba yang dimaksudkan dalam ayat ini riba nasiah yang berlipat ganda yang umum terjadi dalam masyarakat Arab zaman Jahiliah.[35]

4.6. Pengarang menyebutkan aspek illat hukum dan Asbab al-Nuzul. Beliau menerangkannya tanpa terikat dengan teks-teks hadith atau athar. Contoh :

i. Firman Allah s.w.t. (bermaksud) :
“Waktu kau berkata kepada (Zayd) yang telah mendapat kurnia dari Allah dan dari kamu sendiri, “Tahanlah isterimu, hendaklah kau takut kepada Allah, sedangkan engkau bermaksud menyembunyikan sesuatu dalam hatimu, yang Allah akan nyatakan, kau takut kepada orang banyak, padahal Allah yang seharusnya kau takuti itu. Lalu sesudah Zayd memutuskan kehendak hatinya terhadap isterinya, Kami nikahkan kau dengan dia. Ini supaya tidak menjadi halangan buat kaum mukminin untuk mengahwini bekas isteri anak-anak angkatnya bila sudah diceraikan. Putusan Allah ini harus berlaku.”
(Surah al-Ahzab [33] : 37)

Pada catatan kakinya, beliau menyebut :

Hendak membasmi adat kebiasaan Jahiliah :
i. Bahawa anak angkat sama haknya dengan anak kandung, kerana itu bekas isteri anak angkat itu tidak boleh dikahwini oleh bapa angkat
ii. Bahawa wanita Quraisy tidak boleh dikahwini oleh lelaki yang bukan dari suku Quraisy
iii. Bahawa orang merdeka pantang mengahwini bekas isteri hambanya
Dengan turunnya ayat ini dengan kahwinnya Nabi dengan bekas isteri Zaid (hamba yang dibebaskan), hapuslah hukum adat Jahiliah tersebut.[36]

ii. Firman Allah s.w.t. (bermaksud) :
“Tuhan sudah mendengar perkataan wanita yang membantah engkau perihal suaminya. Dia mengadu kepada Allah, sedang Allah ada mendengar perdebatanmu berdua. Tuhan Maha Mendengar, Maha Tahu.”
(Surah al-Mujadilah [58] : 1)

Pada catatan kakinya, beliau menyebut :

Turunnya ayat ini sehubungan dengan adanya pengaduan dari seorang wanita, namanya Khawlah isteri dari seorang bernama ‘Aus bin Samit. Wanita itu mengadu perihal tindakan suaminya yang menyatakan zihar kepadanya. Sabda Rasulullah : “Dengan demikian kau sudah menjadi haram buat suaminu.” Wanita itu membantah, “Tapi dia tidak menceraikan aku.” Nabi tetap memberikan jawapan haram. Dan wanita itu terus mendesak minta penjelasan. Lalu turunlah ayat ini.[37]

4.7. Pengarang memberikan penerangan deskriptif sifat dan sikap musuh Islam. Contoh :

i. Firman Allah s.w.t. (bermaksud) :
“Di antara orang-orang yang beragama Yahudi, ada yang yang merombak firman Allah. Mereka menyatakan : “Kami dengar, tetapi kami tidak akan menurut dan dengarlah, tetapi engkau tidak didengar dan ra‘ina.” Mereka memutar-balikkan perkataan mereka dan mencela agama. Kalau sekiranya mereka mengatakan : “Kami dengar dan kami akan turut, dengarlah dan kami minta tempoh sebentar, “ nescaya itu lebih baik buat mereka dan lebih benar. Tetapi Allah mengutuk mereka, disebabkan kekafirannya. Lantaran itu mereka tidak beriman kecuali sebahagian kecil sahaja.”
(Surah al-Nisa’ [4] : 46)

Pada catatan kakinya, beliau menyebut :

Sebahagian dari kaum Yahudi, iaitu ketua-ketua agamanya, ada yang mengubah kitab agama mereka dengan memberi erti yang tidak benar bagi beberapa ayat, atau dengan memindahkan beberapa ayat dari tempat-tempatnya yang asal ke lain-lain tempat, dan juga dengan menambah dan mengurangi di beberapa tempat. Adat kebiasaan yang begini, bukan sahaja mereka lakukan di kitab agama mereka, bahkan di dalam omongan biasa, terhadap Nabi Muhammad pun mereka gunakan juga seperti :

i. Di waktu Nabi Muhammad memberi nasihat, mereka berkata : “Kami dengar” yang pada zahirnya bererti “kami terima,” tetapi di dalam hati, mereka berkata : “Kami derhaka,” yakni kami tidak terima perkataanmu.

ii. Ketika hendak berbicara kepada Nabi Muhammad, mereka berkata : “Dengarkanlah,” sedang di dalam hati mereka berkata: “Mudah-mudahan ajaranmu tidak didengar orang.”

iii. Apabila hendak bertanya, mereka gunakan perkataan “Ra‘ina, ya Muhammad ! yang zahirnya erti “Tunggu dulu buat kami” atau “Dengarkanlah pertanyaan kami,” atau “berilah tempoh kepada kami” dan sebagainya, tetapi yang sebenarnya mereka maksudkan ialah “ra‘ina “ itu buat makan dan dengan sedikit perubahan, bisa berbunyi “Ra‘ina ” yang bererti “gembala binatang kami.” Mereka ucapkan perkataan-perkataan dan kalimat-kalimat itu tidak lain melainkan dengan putaran lidah dan dengan maksud mencela dan mempermainkan agama dan nabi Islam.

Pada saat Nabi Muhammad berbicara, jika mereka berkata dengan ikhlas, “Kami dengar dan kami taat” dan jika di waktu hendak berkata, mereka ucapkan dengan jujur “Dengarkanlah” dan apabila hendak bertanya atau menyelangi perkataan Nabi Muhammad, mereka berkata dengan bersih hati, “Berilah tempoh kepada kami, atau “Dengarlah perkataan kami” nescaya kebaikannya kembali kepada mereka dan adalah lebih adil. Tetapi Allah telah beri laknat atas mereka dengan sebab kekufuran mereka. Lantaran itu, tidak ada yang beriman di antara mereka kepada Nabi Muhammad melainkan sedikit.[38]

4.8. Pengarang menyisipkan perbandingan agama Islam dengan agama lain. Dengan itu, pembaca diajak berfikir secara rasional untuk membezakan antara agama benar dengan yang batil. Contoh :

i. Firman Allah s.w.t. (bermaksud) :
“Mengapa kamu tidak mahu makan daging yang disembelih dengan nama Allah, padahal Dia sudah menerangkan dengan jelas tentang daging yang haram dimakan itu, kecuali jika terpaksa. Memang kebanyakan mereka itu menyesatkan (manusia) dengan hawa nafsunya tanpa pengetahuan. Sesungguhnya Tuhanmu lebih tahu orang-orang yang telah melampaui batas.”
(Surah al-An‘am [6] : 119)

Pada catatan kakinya, beliau menyebut :

Ada beberapa kaum, seperti Brahma dan sebangsanya, mengharamkan manusia memakan daging dan ada pula lain golongan menghalalkan dan mengharamkan beberapa benda dengan tidak ada keterangan dari Allah.[39]

ii. Firman Allah s.w.t. (bermaksud) :
“Dan mereka katakan lagi : ‘Apa yang ada dalam perut binatang-binatang ternak ini adalah melulu untuk kaum pria kami, sedangkan kaum wanita kami terlarang. Kalau kandungan binatang-binatang itu lahir dalam keadaan mati, maka itu buat semua pria dan wanita.” Allah akan membalas kepada mereka tentang aturan yang mereka ada-adakan itu. Sesungguhnya Dia Maha Bijaksana lagi Maha Tahu.”
(Surah al-An ‘am [6] : 139)

Pada catatan kakinya, beliau menyebut :

Satu macam lagi cara agama yang mereka atur-atur sendiri, ialah mereka bernazar bahawa anak yang ada di perut binatang ternak ini untuk kaum laki-laki sahaja, tetapi kandungan itu jika lahir dengan tidak bernyawa, maka mereka, laki-laki dan perempuan sama-sama memakannya.[40]

iii. Firman Allah s.w.t. (bermaksud) :
“Dan mereka berkata : “Tuhan Yang Maha Pemurah itu mempunyai anak.”
(Surah Maryam [19] : 88)

Pada catatan kakinya, beliau menyebut :

Orang Kristian mengatakan Isa anak Allah, segolongan dari orang-orang Yahudi menganggap Uzayr (Ezra) anak Allah. Ada sebahagian dari orang-orang kafir itu memandang malaikat sebagai anak perempuan Allah.[41]

5. Keistimewaan

Tafsir Qur’an al-Tibyan mempunyai uslub atau langgam bahasa yang sangat mudah difahami oleh pembaca awam dan intelektual. Selain itu, ia juga menghindari dari memperkatakan unsur-unsur IsraiIiyyat, kecuali beberapa hal yang tidak menyentuh aspek akidah seperti menyebutkan nama raja yang menindas golongan yang berpegang pada ajaran tauhid dalam Surah al-Kahfi [18] : 14 sesebagai raja Diqyanus [42] dan Dhu al-Qarnayn yang disebut dalam Surah al-Kahfi [18] : 83-98 sebagai Alexander Macedonia (356-324 S.M) kerana pakaian seragam tenteranya ialah topi bertanduk.[43]

Kesimpulan

Kelemahan yang agak ketara dalam Tafsir Qur’an al-Tibyan ialah kandungan hadithnya adalah sangat sedikit. Namun begitu, pengarang perlu diberikan kredit atas usahanya dalam memudahcarakan pembicaraan al-Qur’an dalam bahasa sasaran. Ini terlihat pada langgam bahasanya yang mudah dan senang difahami oleh pembaca dan jauh sekali dari menggunakan bahasa yang bombastic. Bagi orang yang mahu berjinak-jinak mengenali al-Qur’an, Tafsir Qur’an al-Tibyan adalah santapan rohani yang tepat dan sesuai.

[1] Wan Mohd. Shaghir Abdullah (1421 H/2000 M) “Pengenalan Ulama Asia Tenggara Dahulu dan Sekarang” dalam Wawasan Pemikiran Islam Ulama Asia Tenggara : Jilid 1, Kuala Lumpur : Khazanah Fataniah, h. 36-37.
[2] Mohd Shukri Hanafi (2003), Terjemahan al-Qur’an Dalam Pelbagai Perspektif, c. 1, Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, h. 126.
[3] Ibid.
[4] Ibid., h. 127.
[5] Muhammad Said (1988), Tafsir al-Qur’an al-Tibyan, (edisi Malaysia), c. 1, Kuala Lumpur : Victory Agencie, h. 5.
[6] Ibid., h. 6
[7] Nur Faizin Maswan (2002), Kajian Diskriptif Tafsir Ibn Kathir, Sutipyo Ru’iya (ed), c. 1, Yogyakarta : Menara Kudus, h. 31-32.
[8] Ibid., h. 32.
[9] Ibid.
[10] Ibid.
[11] M.Y. Zulkifli Mohd. Yusoff, Prof. Madya Dr. (1424 H/2003 M) “Tafsir al-Mawdu‘i : Kajian Pensejarahan” dalam Jurnal al-Bayan, bil. 1, Mei 2003/Rabi ‘al-Awal 1424, hh. 29.
[12] ‘Abd al-Hay al-Farmawi, Prof. Dr. (1996), Tafsir al-Mawdu‘i : Suatu Pengantar, Suryan A. Jamrah (Terjemahan), Jakarta : PT RajaGrafindo Persada, h. 58.
[13] Muhammad Said (1988), op.cit., h. 5.
[14] Ibid., h. 6.
[15] Ibid., h. 7-8.
[16] Ibid., h. 9-10.
[17] Ibid., h. 11-12.
[18] Ibid., h. 13-14.
[19] Ibid., h. 15-1174.
[20] Ibid., h. 16-1174.
[21] Ibid., h. 16-1174.
[22] Ibid., h. 1175.
[23] Ibid., h. 1176-1185.
[24] Ibid., h. 1186.
[25] Ibid., h. 15
[26] Ibid., h. 412.
[27] Muhammad Husayn al-Dhahabi mendefinisikannya sebagai : “Terjemahan tafsiriyyat ialah menerang atau menjelaskan makna sesuatu kalimat dengan menggunakan bahasa lain, tanpa memelihara susunan dan urutan ayat bahasa asal. Begitu juga tidak perlu mengungkapkan keseluruhan makna yang dimaksudkannya, (yang dipentingkan ialah maksud atau pengertiannya tercapai).” Muhammad Husayn al-Dhahabi (1989), al-Tafsir wa al-Mufassirun, j. 1, Kaherah : Maktabah Wahbah, h. 27 ; Mohd Shukri Hanafi (2003), op.cit., h. 21 .
[28] Muhammad Said (1988), op.cit., h. 742.
[29] Ibid., h. 777.
[30] Ibid., h. 833.
[31] Ibid., h. 956.
[32] Ibid., h. 19.
[33] Ibid., h. 684.
[34] Ibid., h. 72.
[35] Ibid., h. 121.
[36] Ibid., h. 749.
[37] Ibid., h. 978.
[38] Ibid., 156.
[39] Ibid., h. 256.
[40] Ibid., h. 261.
[41] Ibid., h. 550.
[42] Ibid., h. 519.
[43] Ibid., h. 531.

 

 

 

 

qur01.gif

NUZUL AL-QURAN MENJANA PERUBAHAN UMAT

Disusun oleh : Tb.Alnahrain

Peristiwa Nuzul al-Quran adalah merupakan salah satu peristiwa penting yang harus diingat dan direnung oleh setiap individu muslim. Ini kerana bermula dengan peristiwa inilah, maka zaman jahiliyah yang diliputi kegelapan disinari cahaya yang menyinar, daripada kesesatan kepada kebenaran, daripada hidup bertuhankan hawa nafsu kepada hidup berTuhankan Allah yang Esa. Atau dengan erti kata yang lain, peristiwa Nuzul al-Quran ini telah menjana perubahan dan membina peradaban umat. Firman Allah dalam surah al-Anbiya’ ayat 108 bermaksud: “Dan tidak Kami utuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat kepada seluruh alam.”Mafhum daripada ayat ini menjelaskan bahawa, terutusnya Nabi Muhammad s.a.w telah mengangkat martabat baginda sebagai Rasul utusan Allah dan menjadi rahmat bagi seluruh alam kerana membawa petunjuk (al-Quran) yang memandu manusia ke jalan yang selamat dan sejahtera.Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata “al-Quran mukjizat akhir zaman” atau “al-Quran yang mempunyai mukjizat” kerana inilah keutamaan al-Quran dan bezanya dari kitab-kitab lain yang diturunkan kepada Nabi-nabi terdahulu sebelum Nabi Muhammad s.a.w.

Sesungguhnya al-Quran itu merupkan mukjizat terbesar yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T kepada Rasulullah s.a.w dalam menghadapi cabaran yang terpaksa ditempoh, bukan mudah cubaan yang terpaksa dirempoh, berkat pengorbanan, kegigihan serta ketabahan Rasulullah s.a.w, baginda telah berjaya mengubah bangsa Arab yang suatu ketika dahulu hidup tanpa pedoman, jauh daripada hak dan kebenaran dengan meniupkan roh semangat al-Quran.Perubahan yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w terhadap bangsa Arab, meliputi segala segi dan bidang kehidupan mereka.

Apa yang telah dicapai oleh baginda untuk kejayaan bangsanya itu merupakan suatu kejayaan besar yang menakjubkan di dalam sejarah dunia. Rasulullah s.a.w bangkitkan bangsanya dari lembah kejahilan, kemudiannya mereka inilah yang mendokong tugas suci iaitu menyampaikan risalah tauhid kepada seluruh umat manusia. Sebab utama dari kemenangan besar itu adalah terletak pada kebenaran al-Quran yang menjadi asas kekuatan, seterusnya menjana perubahan umat Islam. Islam yang dipandu al-Quran memuatkan ajaran-ajaran tentang kepercayaan, kemasyarakatan, ekonomi, siasah dan sebagainya yang kesemua itu diterapkan oleh baginda ke dalam kehidupan bangsa Arab. Secara ringkasnya, dapatlah digariskan perubahan-perubahan besar yang telah dilakukan oleh baginda terhadap bangsa Arab seperti berikut:

1. Dari Segi Keagamaan.
Bangsa Arab di zaman jahiliyah, menyembah patung-patung dan berhala-berhala dan mereka menyembah haiwan korban di hadapan berhala-berhala itu untuk memuliakannya. Mereka tenggelam di dalam kesyirikan, hidup diselubungi kegelapan dan kesesatan, sentiasa bersengketa dan hidup berpecah belah. Kemudian datanglah Islam membawa wahyu Ilahi iaitu al-Quran yang mengatur kehidupan mereka baik mengenai hubungan antara individu mahupun mengenai kepercayaan. Al-Quran benar-benar telah menghidupkan jiwa bangsa Arab di dalam membina sejarah ketamadunan dan peradaban Islam.

2. Dari Segi kemasyarakatan.
Satu pengaruh yang lahir dari Islam terhadap mentaliti bangsa Arab ialah timbulnya kesedaran akan erti pentingnya disiplin dan ketaatan. Sebelum Islam, keinsafan yang sedemikian sangat tipis di dalam jiwa mereka. Padahal untuk membina sebuah masyarakat yang teratur dan tertib amat memerlukan disiplin dan kepatuhan kepada pemimpin, hal ini pada masa jahiliyah belum jelas kelihatan. Dalam mengatur masyarakat, Islam mengharamkan menumpahkan darah dan melarang menuntut bela dengan cara membuat keputusan sendiri seperti zaman jahiliyah, tetapi Islam menyerahkan penuntutan bela itu kepada pemerintah. Islam telah banyak meletakkan dasar-dasar umum masyarakat yang mengatur hubungan antara individu dengan individu, antara individu dengan masyarakat, antara satu kelompok masyarakat dengan satu kelompok masyarakat lain, hukum-hukum keluarga sehinggalah kepada soal-soal negara. Islam-lah yang pertama mengangkat darjat wanita dan memberikan hak-hak kepada wanita sesuai dengan kewanitaan mereka. Islam jugalah yang memperjuangkan persamaan antara manusia dan membenteras perhambaan.

3. Dari segi Siasah (politik).
Bangsa Arab sebelum Islam, hidup bersuku-suku (kabilah-kabilah), kadang-kadang saling bermusuhan antara satu kabilah dengan satu kabilah yang lain. Dasar perhubungan dalam kabilah itu ialah pertalian darah. Rasa ‘asabiyah (kesukuan) amat kuat dam mendalam pada mereka, sehingga bila mana terjadi salah seorang di antara mereka teraniaya, maka seluruh anggota kabilah itu akan bangkit membelanya. Prinsip mereka adalah “tolonglah saudara kamu, baik dia menganiaya atau teraniaya”.
Sesudah bangsa Arab ini memeluk Islam, rasa kekabilahan mulai lenyap dari mereka, dan timbullah dengan suburnya rasa persaudaraan dan kesatuan agama iaitu kesatuan umat di bawah satu naungan panji kalimah tauhid. Dasar kesukuan diganti dengan dasar pertalian agama. Demikianlah bangsa Arab yang dulunya hidup dalam kegelapan dan kesesatan, dengan berkat ajaran Islam dan al-Quran yang telah sebati dalam jiwa, mereka menjadi satu kesatuan bangsa, kesatuan umat, yang mempunyai pemerintahan pusat dan mereka tunduk kepada kehendak Allah dan Rasul-Nya .Bagi semua umat Islam di dunia ini, bersatulah agar dapat menghadapi segala ujian dan rintangan, dengan cara menghidupkan kembali semangat dan roh al-Quran ke dalam jiwa dan sanubari. Penghayatan al-Quran itu bukan sahaja dititik beratkan dalam soal pembacaannya, tetapi penghayatan al-Quran itu merangkumi pembacaan dan perlaksanaan isi kandungan al-Quran itu sendiri. Sesungguhnya al-Quran tidak boleh dipisahkan dari kehidupan umat Islam. ini adalah kerana al-Quran itu sebenarnya menjadi tunjang atau asas kekuatan umat, yang mengandungi berbagai-bagai hikmah dan ilmu pengetahuan serta menjadi panduan dan teras kehidupan.

PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ

Sempena bulan Rejab yang banyak keberkatannya ini, mari kita renungi peristiwa Israk dan Mikraj yang berlaku pada 27 Rejab, setahun sebelum Hijrah

.RINGKASAN PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ

1.Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S.A.W. mengalami pembedahan dada/perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika’il. Hati Baginda S.A.W. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah (Penutup Segala Nabi)”. Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu.

2.Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):

Sepanjang perjalanan (Israk) itu Rasulullah S.A.W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah;Baitul-Laham (tempat Nabi ‘Isa A.S. dilahirkan);Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W. menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung dan dapat menyaksikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib.

Antaranya :Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Firaun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Firaun sebagai Tuhan).

Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah, “Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail, “Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail, “Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri/suami.

Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail, “Itulah orang yang makan riba.

Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail, “Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail, “Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela & menghinakan) orang.

Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail, “Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail, “Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail, “Itulah orang yang mensia-siakan umurnya sampai ke tua.

Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail, “Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.Rasulullah S.A.W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail, “Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

Langit Pertama:

Rasulullah S.A.W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

Langit Kedua:

Nabi S.A.W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.

Langit Ketiga:

Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.

Langit Keempat:

Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.

Langit Kelima:

Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

Langit Keenam:

Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

Langit Ketujuh:

Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W., Nabi Ibrahim A.S. bersabda, “Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu daif, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH”. Mengikut riwayat lain, Nabi Ibrahim A.S. bersabda, “Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- ‘ALIYYIL-‘AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga”. Setelah melihat beberapa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

Tangga Kelapan:

Di sinilah disebut “al-Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu. Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

Tangga Kesembilan:

Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. masuk di dalam Nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:Allah : Ya Muhammad.Rasul : LabbaikaAllah : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.Rasul : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Daud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.Allah : Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah ‘Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya (pahalanya) sebanyak 50 waktu juga.

4. Selepas Mikraj

Rasulullah S.A.W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah).

(Sumber : Kitab Jam’ul-Fawaa`id)

KELEBIHAN BULAN REJAB

Bulan-bulan hijrah datang dan pergi tanpa disedari. Hanya Ramadan dan Syawal sahaja yang kebanyakkan kita sedar kedatangannya. Berikut adalah himpunan kelebihan-kelebihan bulan Rejab yang boleh dimanafaatkan oleh umat islam dengan memperbanyakkan ibadah.

1. Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.

2. Sabda Nabi s.a.w.: Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Syaaban bulanku, dan bulan Ramadan bulan umatku.

3. Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Syaaban dengan malam NISFUnya dan Ramadan dengan LAILATUL QADARnya.

4. Malam awal Rejab mustajab do’anya. ( Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)

5. Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

6. Puasa 3 hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).

7. Puasa 4 hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.

8. Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur. Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercaya muka.

9. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.

10. Puasa 8 hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.

11. Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH, maka tidak ditolak dia dari memasuki syurga.

12. Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.

13. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

14. Puasa 19 hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.

15.Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu.

16.Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Quran atas segala Qalam.

17. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.

18. Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti.

19. Sesiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan.

20. Setiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali. Bulan Rejab bulan Allah.

21. Bersedekah pada bulan Rejab, dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah.

22. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad. Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka!

23. Barangsiapa meminta ampun (beristighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.

24. Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya: ‘Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggianKu dan kebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu di bawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu, engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antara kau’.(dari kitab Raudatul Ifkar)

25. Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun. Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.REJAB bulan menabur benih. SYAABAN bulan menyiram tanaman.

RAMADAN bulan menuai.REJAB menyucikan badannya. SYAABAN menyucikan hatinya. RAMADAN menyucikan rohnyaREJAB bulan taubat. SYAABAN bulan muhibbah. RAMADAN dilimpahi pahala amalan.

Beramallah menurut kemampuan masing-masing, jika tidak dapat melaksanakannya janganlah ditinggalkan semuanya. 7 KALIMATBarang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa(buih) laut.1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu

2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu

3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut

4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok

5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini

6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah

7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang dan malam

AURAT WANITA:Tb.AlNahrain

hijab99.jpgDari Firman Allah SWT dan hadis-hadis Nabi SAW

1. Bulu kening — Menurut Bukhari, “Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening.” Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki) —”Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.” An-Nur: 31. Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.

3. Wangian — “Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina.” Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada — “Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. “An-Nur : 315.

5.Gigi — “Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya. “Riwayat At-Thabrani, “Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah”. Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher — “Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu.” Keterangan: Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan — “Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja.” Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan — “Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya”. Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata – “Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya.” An Nur : 31. Sabda Nabi SAW, “Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan.” Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara) - “Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik.” Al Ahzab: 32. Sabda SAW, “Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi.” Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan - “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. ” An Nur : 31.“Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya.” Riwayat Al Bazzar. “Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah.” Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian — “Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.” Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.“Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya.” Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.”Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.” Al Ahzab : 59.

13. Rambut — “Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.” Riwayat Bukhari dan Muslim.

TEMPAT TINGGAL IBLIS

Anas bin Malik r.a. berkata:“Iblis telah bertanya pada Allah: katanya, wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan anak Adam tempat kediaman untuk mereka berteduh dan berzikir kepadaMu, oleh itu tunjukkanlah padaku tempat kediaman untukku.” Firman Allah: “Tempat kediamanmu adalah di dalam tandas.

Iblis bertanya lagi: “Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan anak Adam berkumpul di masjid, di manakah pula tempatku berkumpul?” Firman Allah: “Tempatmu berkumpul ialah di pasar-pasar, pesta, pusat membeli belah, kelab malam, tempat hiburan serta majlis-majlis maksiat.

Iblis bertanya: “Wahai Tuhanku, Engkau berikan anak Adam itu kitab (Al-Quran) untuk mereka membacanya, tunjukkanlah apa pula bahan bacaanku?” Firman Allah: “Bacaan untukmu ialah syair dan sajak yang melalaikan.

Iblis bertanya: “Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan kepada mereka cerita-cerita benar, apakah pula cerita bagiku?” Firman Allah: “Cerita bagimu ialah kata-kata kesat dan dusta.

Iblis bertanya: “Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan azan kepada anak Adam untuk mereka memanggil orang sembahyang, apa pula azan untukku?” Firman Allah: “Azan untukmu ialah seruling.

Iblis bertanya: “Wahai Tuhanku, Engkau telah menghantar utusan-Mu dari para rasul dan juga nabi, siapakah yang menjadi utusanku?” Firman Allah: “Para utusan mu terdiri daripada bomoh, tabib dan dukun yang menduakan Aku.

Iblis Bertanya: “Wahai Tuhanku, Engkau berikan kitab suci Al-Quran yang bertulis kepada mereka, apakah pula tulisan bagiku?” Firman Allah: “Tulisanmu ialah tatu, gincu serta lukisan di badan.

Iblis bertanya: “Ya Tuhanku, Engkau berikan anak Adam perangkap, apakah pula perangkap bagiku?” Firman Allah: “Perangkap bagimu ialah wanita.

Iblis bertanya: “Ya Tuhanku, Engkau berikan mereka minuman yang halal yang disebutkan nama-Mu, apakah pula minuman untukku?” Firman Allah: “Minumanmu ialah sesuatu yang memabukkan serta tidak disebutkan nama-Ku padanya.

Sabda Rasulullah saw: “Wahai manusia, laksanakanlah amalan-amalan menurut kemampuan kamu. Sesungguhnya Allah tidak akan bosan sebelum kamu merasa bosan. Sesungguhnya amalan yang paling disukai Allah ialah amalan yang ringan namun berterusan.”( Hadis Riwayat Muslim )

 

Anak Angkat:Dupwp

Jangan berahsia ambil anak angkat

“Mengambil contoh apa yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w, sewaktu baginda mengambil anak angkat iaitu Zaid bin Haritsah sejak zaman jahiliah (pada masa ini amalan pengambilan anak angkat dan dijadikan anak sendiri tersebar luas), Zaid waktu itu seorang anak muda yang ditawan sejak kecil dalam salah satu penyerbuan jahiliah, yang kemudian dibeli oleh Hakim bin Hizam untuk diberikan ibu saudaranya yang bernama Khadijah dan selanjutnya diberikan oleh Khadijah kepada Nabi Muhammad s.a.w sesudah Khadijah berkahwin dengan Rasulullah.
Setelah ayah dan bapa saudara Zaid mengetahui tentang hal tersebut, mereka datang kepada Nabi dan meminta anaknya kembali tetapi Nabi Muhammad s.a.w menyuruh Zaid sendiri yang membuat keputusan. Namun Zaid lebih senang memilih Nabi sebagai ayah daripada ayah dan bapa saudaranya sendiri. Nabi Muhammad mengisytiharkan Zaid sebagai anak angkat baginda di hadapan orang yang ramai pada masa itu.
Maknanya, mengambil anak angkat tidak boleh dengan cara sembunyi atau rahsia sehingga anak itu sendiri tidak mengetahui asal keturunannya kerana ia akan menimbulkan pelbagai masalah dikemudian hari seperti nasab, pewarisan harta pusaka, wali nikah dan sebagainya.
Dari aspek psikologi pula, sudah tentulah anak angkat akan merasa rendah diri berbanding anak kandung melainkan dia satu-satunya anak dalam keluarga, tetapi peranan ibu atau bapa angkat ialah memastikan anak angkat yang dipelihara dibina dengan kasih sayang yang ikhlas seperti pertautan antara ibu dan bapa yang sebenar.
Jangan pula ditatang berlebihan kerana ada juga masalah yang
akan timbul seperti besar kepala, tidak menghormati dan sebagainya, samalah juga seperti anak kandung”.

Prosedur mengambil anak angkat mengikut undang-undang di Malaysia Menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
*Pemohon boleh memohon sama ada melalui surat, faks, telefon, e-mel atau datang sendiri ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) di mana pemohon bermastautin.
*Pemohon akan diminta mengisi borang permohonan. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan bersama-sama dengan dokumen-dokumen yang diperlukan seperti berikut:
(1) Surat sokongan / pengesahan daripada pegawai perubatan.
(2) Salinan sijil nikah / sijil pendaftaran perkahwinan.
(3) Salinan kad pengenalan pemohon (suami dan isteri).
(4) Lain-lain dokumen yang berkaitan.
Siapa yang layak mengambil anak angkat?
*Pasangan suami-isteri yang sah, ibu tunggal (ibu tunggal) yang menetap / tinggal di Malaysia.
Bila dan bagaimanakah anak angkat dapat disahkan sebagai anak pelihara mengikut undang-undang?
*Permohonan boleh dibuat dalam masa tiga bulan selepas menerima kanak-kanak dalam penjagaan pemohon. Permohonan hendaklah dibuat kepada Mahkamah Seksyen atau Mahkamah Tinggi dengan melantik peguam untuk urusan mendaftarkan Notis Pengangkatan. Akta yang digunapakai bagi proses pengesahan pengangkatan cara ini adalah merujuk kepada Akta Pengangkatan 1952 (Akta 257).
*Permohonan cara kedua adalah dengan membuat permohonan kepada Jabatan Pendaftaran Negara di bawah Akta Pendaftaran Anak Angkat 1952 (Akta 253). Permohonan untuk pengesahan ini hanya boleh dibuat selepas dua tahun anak pelihara dalam penjagaan keluarga pelihara. Bagi keluarga yang beragama Islam permohonan untuk pengesahan anak pelihara hanya boleh dibuat melalui Akta 253, iaitu Akta Pendaftaran Pengangkatan sahaja. Permohonan untuk pengesahan pengangkatan hanya boleh dibuat selepas dua tahun anak pelihara berada dalam jagaan pemohon. Permohonan boleh dibuat di Pejabat Pendaftaran Negara.
Peringatan:
Mengambil anak angkat secara sendiri perlu dimaklumkan kepada JKM mengikut seksyen 35(1) Akta kanak-Kanak 2001 tidak lewat daripada seminggu selepas pengambilan dan sekiranya gagal memaklumkan dan jika disabitkan kesalahan denda maksimum adalah sebanyak RM10,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
Sumber : Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia

image011.jpg

Naskah kecil keluaran Dewan Ulamak

“Futur:Gejala yang sering menimpa Abna’ Harakah”

” RM2 shj

Sila hubungi : Ust.Salleh Sani(0193708490)

 

 

KEWAJIPAN MENYERTAI PERJUANGAN ISLAM

 By:Dupwp

tg2.jpg

Banyak orang Islam menyangka bahawa cukup sekadar mempunyai nama sebagai orang Islam mengucap dua kalimah syahadat untuk menjadi seorang muslim yang diredhai Allah. Anggapan ini tidak benar . Ini kerana untuk menjadi orang Islam seseorang itu perlu memenuhi syarat syarat penting yang berkaitan dengan keimanan dan perbuatan tertentu yang berkaitan dengan rukun iman, Islam dan jihad. Pengertian ini dapat kita simpulkan dari firman Allah:

“Orang orang Arab badui itu berkata; kami sudah beriman, namun katakanlah kamu belum beriman , Cuma katakanlah kamu baru masuk Islam dan iman belum (benar-benar masuk) dalam hati kamu. dan (ingatlah), jika kamu taat kepada Allah RasulNya (zahir dan batin), Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun dari pahala amalan kamu, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang.

Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya).”

Ertinya keimanan dan keislaman seseorang itu perlu dibuktikan dengan tekad dan usaha perjuangan yang menunjukkan kesungguhan seseorang itu menjadi hamba Allah yang mendaulatkan agamanya. Islam bukan sekadar beberapa kalimah yang dituturkan tapi adalah suatu Iltizam dan komitmen yang lengkap dan menyeluruh terhadap ajaran Islam.

Sebab itu dalam Surah al Baqarah :208-209 terdapat ayat yang menegaskan:

“Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.

2 Maka kalau kamu tergelincir (dan jatuh ke dalam kesalahan disebabkan tipu daya Syaitan itu), sesudah datang bukti keterangan yang jelas kepada kamu, maka ketahuilah bahawasanya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana…”.

Seorang muslim yang benar ialah orang yang memperjuangkan seluruh dimensi ajaran Islam baik akidah, syariah, politik, ekonomi, pendidikan dan seterusnya.

Orang yang tidak mahu memperjuangkan politik Islam umpamanya, tidak mahu menjadikan Islam landasan perjuangan politiknya adalah mereka yang terang-terang mempunyai sikap bercanggah dengan perintah Allah dalam surah al Taubah ayat 38-41

38.Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: Pergilah beramai-ramai berjuang di jalan Allah, kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak.

[39] Jika kamu tidak pergi beramai-ramai (untuk berjuang pada jalan Allah membela agamaNya), Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya dan Dia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain dan kamu tidak akan dapat menggugat Allah sedikitpun . (ingatlah) Allah Maha Kuasa mengatasi segala-galanya.

[40] Mengapa kamu tidak mahu menyokongnya (Nabi Muhammad) pada hal Allah sendiri telah menyokongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Mekah) mengeluarkannya (dari negerinya Mekah) sedang dia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika dia berkata kepada sahabatnya: Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita. Maka Allah menurunkan rasa tenteram dan damainya kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera 3 (malaikat) yang kamu tidak melihatnya . (Dalam masa yang sama ) Allah jadikan seruan (dasar syirik) orang-orang kafir itu rendah dan hina . (Sebaliknya) Allah jadikan dasar perjuanganNya (Islam) mulia dan tinggi – Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

[41] Berangkatlah kalian beramai-ramai (untuk berjuang di jalan Allah), samada dalam keadaan ringan (dan mudah bergerak) mahupun dalam keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab) dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kalian di jalan Allah (untuk membela Islam). Itu adalah lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.

Penganut Agama Islam yang sebenarnya ialah mereka yang sedia berangkat dan keluar berjuang untuk menegakkan cita-cita Islam dalam segala dimensinya yang mungkin.Mereka tidak dihalang oleh kesempitan hidup atau dilalaikan oleh kesenangan kebendaan.Mereka rela berkorban demi Allah dan Rasul.Mereka sedar bahawa jika mereka tidak bingkas berjuang leimanan mereka akan dipersoalka oleh Allah dan amalan mereka menjadi sia-sia

Pada zaman Rasulullah dahulu orang yang enggan berjihad dan enggan pergi berhijrah bersama Rasulullah dihukum dengan hukuman yang berat .

Allah berfirman dalam Surah al Taubah ayat 81-90

Orang-orang (munafiq) yang ditinggalkan di belakang (tidak ikut serta berjuang) merasa seronok disebabkan mereka tinggal di belakang Rasulullah (di Madinah) dan mereka tidak suka berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; malah mereka (menghasut pula dengan) berkata: Janganlah kalian semua keluar (berperang) pada musim panas ini. Katakanlah (wahai Muhammad): “Api Neraka Jahanam itu jauh lebih panas lagi, kalaulah mereka sedar.
Oleh itu biarkanlah mereka ketawa sedikit (di dunia ini); namun mereka akan menangis banya kelak (di akhirat), sebagai balasan terhadap apa yang mereka lakukan.

Maka jika Allah mengembalikan engkau kepada segolongan dari mereka (orang-orang yang munafik itu di Madinah), kemudian mereka meminta izin kepadamu untuk keluar (ikut serta berperang), maka katakanlah: Kamu jangan sekali-kali keluar bersama-samaku buat selama-lamanya dan kamu samasekali tidak akan memerangi musuh bersama-samaku; justeru kamu dahulu telah rela tinggal duduk diam di belakang (tidak ikut berjuang) pada kali yang pertama, oleh itu duduklah kamu bersama-sama orang-orang yang duduk (di belakang).

Dan janganlah engkau(wahai Muhammad) sembahyangkan seorang pun yang mati dari kalangan mereka itu selama-lamanya dan janganlah pula engkau berdiri di (tepi) kuburnya, kerana sesungguhnya mereka telah kufur kepada Allah dan RasulNya dan mereka mati sedang mereka dalam keadaan fasik (derhaka).

Dan jangan pula engkau terpesona kepada harta benda dan anak-anak mereka, (kerana) sesungguhnya Allah hanya hendak menyeksa mereka dengannya di dunia dan hendak menjadikan nyawa mereka tercabut sedang mereka dalam keadaan kafir .

Dan apabila diturunkan satu surah Al-Quran (yang menyuruh mereka): “Berimanlah kamu kepada Allah dan berjihadlah bersama-sama dengan RasulNya”, nescaya orang-orang yang kaya di antara mereka meminta izin (berdalih) kepadamu dengan berkata: Biarkanlah kami tinggal bersama-sama orang-orang yang tinggal (di belakang tidak turut berperang).

Mereka suka tinggal bersama-sama orang-orang yang ditinggalkan (kerana uzur), dan (dengan sebab itu) hati mereka di sela mati , sehingga mereka tidak dapat memahami apa-apa lagi.
(Mereka tetap tidak ikut serta) tetapi Rasulullah dan orang-orang yang beriman bersamanya, berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat kebaikan dan mereka itulah juga yang berjaya.

Allah telah menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya anak-anak sungai, mereka kekal di dalamnya; yang demikian itulah kemenangan yang besar.

Dan (kemudian ) datanglah pula orang-orang yang menyatakan alasan keuzurannya dari orang-orang A’rab, memohon supaya mereka diizinkan (tidak turut berperang), sedang orang-orang (munafik di antara mereka) yang mendustakan Allah dan RasulNya, duduk (mendiamkan diri). (Oleh itu) orang-orang yang kafir di antara mereka, akan dikenakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

Golongan mukmin pada zaman dahulu yang telah mengaku beriman tetapi enggan ikut serta berjuang mendaulatkan Islam telah dihukum sebagai munafik dan kufur oleh Allah. Allah melarang Nabi mendoakankan mereka dengan berdiri di tepi kubur mereka, Allah melarang Nabi menyembahyangkan jenazahnya. Ini tentulah kerana perbuatan tidak ikut serta berjuang menegakkan kedaulatan Islam sebagai suatu dosa besar yang menghapuskan kekuasaan dan kemegahan Islam.

Sebab itu menjadi seorang Muslim bermakna kita mesti ikut serta berusaha mengukuhkan gerakan Islam , meramaikan bilangan mereka agar kita berjaya di dunia dan di akhirat.

Oleh sebab itu wahai saudara marilah kita bersama-sama dengan golongan ulama dan cendikiawan ikut serta memperjuangkan Islam.

Masuk menjadi ahli Parti Islam SeMalaysia(PAS) yang diterajui oleh kalangan ulama dan cediakawan Islam yang dikenali ramai demi mendaulatkan ajaran dan syariat Allah di muka bumi ini.Kita tidak mahu nanti dihukum oleh Allah S.W.T seperti manusia yang menyimpang dari ajarannya.Kita tidak mahu mati sebagai insan munafiq yang tidak istiqamah dalam perjuangan,sebaliknya dihumbankan pula oleh malaikat kedalam Neraka


img44f42802900c0.jpgApa, siapa, mengapa Tok Guru Nik Aziz Nik Mat

BELUM ADA lagi pemimpin Melayu/Islam yang mampu menandingi kezuhudan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Cakapnya perlahan, tapi isinya dalam, beliau dihormati kawan dan lawan, baik Dr Mahathir, Ku Li, bahkan Lim Kit Siang sendiri. Mahu tahu mengenai peribadinya? Mengenalinya lebih dekat?Ulama Islam dan tokoh politik Melayu TENANG, warak, penyabar dan pemurah adalah merupakan ciri-ciri utama yang terkandung di dalam peribadi Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat, Menteri Besar Kelantan yang ke-5.Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz adalah seorang ulama dan tokoh politik tanahair yang tidak asing lagi sejak lebih tiga dekad yang lalu. Tidak syak lagi, beliau adalah satu-satunya tokoh politik yang paling komited dan paling gigih memperjuangkan Islam sebagai ad-Deen yang perlu ditegakkan di negara ini.Alhamdulillah, berkat kesabaran, kegigihan dan komitmennya yang total di dalam perjuangannya itu, akhirnya fajar kejayaannya sudah mula menyinsing di ufuk kenyataan hidup. Kelantan sudahpun dapat ditawannya.

Berikutnya beliau telah dipilih untuk mengetuai kabinet Kerajaan Islam di negeri ini.”Semacam ada persafahaman antara para malaikat di langit dan para pengundi di bumi,” kata Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz ketika mengulas kemenangan PAS dan Angkatan di dalam pilihanraya umum yang baru lalu.Selaku Menteri Besar, Tuan Guru Haji Nik Aziz telah membuktikan keupayaan dan kecekapan beliau memimpin kerajaan Islam di negeri Serambi Mekah yang baru sahaja jatuh ke tangannya itu. Pelbagai saranan dan pembaharuan yang membina telah diperkenalkannya.

Beliau memotong gajinya sebanyak 40 peratus untuk Tabung Kewangan PAS Negeri Kelantan. Beliau enggan menerima elaun tahunan untuk menyediakan pelbagai juadah kerana menyambut hari raya. Beliau memberi amaran supaya para Exco, ADUN dan kakitangan kerajaan tidak melibatkan diri di dalam apa jua bentuk rasuah dan penyelewangan. Dan beliau mengambil pelbagai langkah lain lagi bagi mewujudkan sebuah kerajaan yang bersih, adil dan Islamik.Ketaralah, di sebalik tubuh yang kecil itu, terhimpun segala kekuatan dan keberanian yang boleh melemahkan pihak musuh, betapa pun kuat dan ramai bilangan mereka.Ahli Parlimen yang komitedSebelum terpilih menjadi ADUN Semut Api dalam pilihanraya umum 1986 dan kemudiannya terpilih menjadi Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Kelantan, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz telah terpilih menjadi Ahli Parlimen PAS bagi kawasan Pengkalan Chepa selama tiga penggal berturut-turut.Selama menjadi Ahli Parlimen, beliau telah menyumbangkan pelbagai idea, saranan dan kritikan melalui ucapan-ucapan yang disampaikannya di Dewan Rakyat.Malangnya ucapan-ucapannya yang bernas dan panjang lebar itu telah tidak di beri liputan yang sewajarnya di dalam media massa – baik di dalam akhbar-akhbar utama mahupun di dalam media letronik seperti TV dan radio. Hal ini dapat difahami kerana hampir kesemua alat media massa yang penting di negara ini berada di bawah kawalan kerajaan Barisan Nasional.Kerjaya awal sebagai ahli politik

Oleh kerana agama dan politik itu saling kait mengait dan tidak boleh dipisahkan, maka Tuan Guru akhirnya telah menceburkan dirinya di dalam kegiatan politik tanahair. Beliau memilih PAS oleh kerana parti itu memperjuangkan Islam dan bercita-cita untuk menegakkan sebuah pemerintahan Islam di negara ini.Pembabitan beliau di dalam politik tanahair melalui PAS tidaklah pula sampai beliau mengabaikan penglibatannya di bidang dakwah dan pendidikan agama.Mulai tahun 1967 Tuan Guru Haji Nik Abdul Azizl mula menyertai PAS. Dalam tahun yang sama beliau telah dipilih untuk bertanding dalam suatu pilihanraya kecil di Kelantan. Beliau menang di dalam pilihanraya kecil itu.Sejak itu hampir setiap kali pilihanraya, beliau sentiasa memenangi kerusi Parlimen yang ditandinginya iaitu Kerusi Parlimen Pengkalan Chepa. Malah Pengkalan Chepa telah muncul sebagai kubu PAS dan sejak dahulu hingga sekarang kerusi Parlimen Pengkalan Chepa tidak pernah dapat ditawan oleh UMNO atau BN.Mengetuai Dewan Ulama PAS PusatMemandang kepada ketokohan dan kewibawaannya sebagai seorang ulama, beliau telah diberi kepercayaan oleh pucuk pimpinan PAS untuk mengetuai Dewan Ulama PAS Pusat mulai akhir tahun 1960an.Selaku Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz sering mengingatkan ahli-ahli PAS dan umat Islam di negara ini agar mematuhi kesemua ajaran Rasulullah SAW. Bukannya mengambil bahagian-bahagian tertentu dan membuang bahagian-bahagian yang lain yang dirasa bercanggah dengan kepentingan peribadi.Kerajaan contoh

Selaku Menteri Besar negeri Kelantan yang ada pada suatu masa dahulu pernah digelar Serambi Mekah itu, sudah pastilah Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz akan berusaha untuk menghidupkan semula sebutan dan fungsi gelaran yang pernah diberikan kepada negeri Kelantan itu.

Satu hal yang menarik ialah di samping kesibukannya menjadi ketua pentadbiran bagi sebuah kerajaan negeri yang secara kebetulan menjadi tumpuan pelbagai pihak – dalam dan luar negeri – Tuan Guru Haji Abdul Aziz masih mampu meneruskan ceramah mingguannya pada setiap pagi Jumaat bertempat di Dewan Zulkifli Muhammad Bangunan PAS yang terletak ditengah-tengah pusat bandar Kota Bharu, ibu negeri Serambi Mekah itu.

Di sinilah – di Dewan Zulkifli Muhammad inilah – ribuan umat Islam akan berkumpul beramai-ramai pada setiap pagi Jumaat untuk mengikuti ceramah mingguan YAB Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan yang mereka kasihi dan hormati itu.

Dengan kesungguhan, keberanian dan komitmen yang total, kita yakin kerajaan Angkatan di negeri Kelantan yang dipimpin oleh YAB Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat akan berjaya menegakkan sebuah kerajaan Islam di negeri Serambi Mekah ini. Dan kerajaan Islam Serambi Mekah ini, insya Allah akan menjadi sebuah kerajaan Misali yang akan menjadi panduan dan rujukan kepada kerajaan-kerajaan negeri yang lain di negara ini khasnya dan kepada kerajaan-kerajaan Islam di luar dari negara ini amnya. LOTFI ISMAIL

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: