DEWAN ULAMA’ W.P

Ikon

Cakna ulama’,kebersamaan dalam pelbagai perkara dan amanah diatas tugas para anbiya’,’The boon and bane of Islamic Society’

Bicara Pakar

 

Tawassul 

Tawassul selepas kewafatan Baginda.

Telah di sebut oleh Imam Ibnu Hajar dalam Fathul Bari pada bab باب سُؤَالِ النَّاسِ الْإِمَامَ الِاسْتِسْقَاءَ إِذَا قَحَطُوا:


وروى ابن أبي شيبة بإسناد صحيح من رواية أبي صالح السمان عن مالك الداري – وكان خازن عمر – قال ” أصاب الناس قحط في زمن عمر فجاء رجل إلى قبر النبي صلى الله عليه وسلم صلى الله عليه وسلم فقال: يا رسول الله استسق لأمتك فإنهم قد هلكوا، فأتى الرجل في المنام فقيل له: ائت عمر ” الحديث.
وقد روى سيف في الفتوح أن الذي رأى المنام المذكور هو بلال بن الحارث المزني أحد الصحابة، وظهر بهذا كله مناسبة الترجمة لأصل هذه القصة أيضا والله الموفق.

 

Telah diriwayatkan oleh Imam Ibnu Syaibah dengan sanad yang sohih daripada Abi Soleh al Saman, daripada Malik ad Dar yang merupakan penjaga perbendaharaan Umar, yang menceritakan:

“Telah berlaku kemarau yang teruk pada zaman Umar RA, lalu seorang lelaki pergi ke kubur Nabi SAW, lalu ia berkata; ‘Wahai Rasulullah! Mohonlah hujan (dari Tuhanmu) untuk umatmu kerana sesungguhnya mereka telah mengalami kemusnahan (kerana kemarau)’. Pada malamnya, lelaki itu bermimpi Rasulullah datang kepadanya dan berkata; “Pergilah kepada Umar, sampaikan salamku kepadanya dan khabarkan kepadanya bahawa mereka akan dikurniakan hujan (oleh Allah)”.

Menurut Imam Ibnu Hajar, lelaki tersebut bernama Bilal bin al Harith al Muzani dan beliau merupakan seorang sahabat.

Telah diriwayatkan juga sebuah hadis yang boleh dijadikan sandaran untuk bertawassul selepas kewafatan Baginda, iaitu di dalam kitab Mu’jam At Tabrani Kabir pada bab عثمان بن حنيف الأنصاري, ما أسند عثمان بن حنيف:

 


حدثنا طاهر بن عيسى بن قيرس المصري المقرىء ثنا أصبغ بن الفرج ثنا بن وهب عن أبي سعيد المكي عن روح بن القاسم عن أبي جعفر الخطمي المدني عن أبي أمامة بن سهل بن حنيف عن عمه عثمان بن حنيف أن رجل كان يختلف إلى عثمان بن عفان رضي الله تعالى عنه في حاجة له فكان عثمان لا يلتفت إليه ولا ينظر في حاجته فلقي بن حنيف فشكى ذلك إليه فقال له عثمان بن حنيف ائت الميضأة فتوضأ ثم ائت المسجد فصلى فيه ركعتين ثم قل اللهم اني أسألك وأتوجه إليك بنبينا محمد صلى الله عليه وسلم نبي الرحمة يا محمد إني أتوجه بك إلى ربي فتقضي لي حاجتي وتذكر حاجتك ورح حتى أروح معك فانطلق الرجل فصنع ما قال له ثم أتى باب عثمان بن عفان رضي الله تعالى عنه فجاء البواب حتى أخذ بيده فأدخله على عثمان بن عفان رضي الله تعالى عنه فأجلسه معه على الطنفسة فقال حاجتك فذكر حاجته وقضاها له ثم قال له ما ذكرت حاجتك حتى كان الساعة وقال ما كانت لك من حاجة فأذكرها ثم إن الرجل خرج من عنده فلقي عثمان بن حنيف فقال له جزاك الله خيرا ما كان ينظر في حاجتي ولا يلتفت إلي حتى كلمته في فقال عثمان بن حنيف والله ما كلمته ولكني شهدت رسول الله صلى الله عليه وسلم وأتاه ضرير فشكى إليه ذهاب بصره فقال له النبي صلى الله عليه وسلم فتصبر فقال يا رسول الله ليس لي قائد وقد شق علي فقال النبي صلى الله عليه وسلم ائت الميضأة فتوضأ ثم صل ركعتين ثم أدع بهذه الدعوات قال بن حنيف فو الله ما تفرقنا وطال بنا الحديث حتى دخل علينا الرجل كأنه لم يكن به ضر قط

 

Bahawa ada seorang lelaki yang bertemu dengan Uthman bin ’Affan RA berkenaan dengan sesuatu hajatnya; tetapi khalifah itu tidak menyelesaikan hal itu dengan segera. Lelaki itu menyebut kepada Uthman bin Hunaif yang memberi nasihat kepadanya: ’Pergilah mengambil wudhu’. Kemudian pergi ke masjid dan berdoa begini: ’wahai Tuhan, hamba meminta Engkau dan menumpukan diriku kepadamu dengan menyebut NabiMu Muhammad, Nabi Pembawa Rahmat, Wahai Muhammad, hamba menumpukan diri hamba kepada Tuhan dengan menyebut engkau, supaya Ia tunaikan hajat hamba’.Kemudian sebutkan hajat engkau. Kemudian ia pergi ke pintu kediaman Uthman bin Affan. Kemudian penjaga pintu datang kepadanya, memegang tangannya, lalu membawanya ke hadapan Uthman, dan menyuruhnya duduk dengannya. Uthman berkata: ’Beritahu kepada ku apa keperluan anda’, lalu ia menyebut hajatnya dan hajatnya ditunaikan. Kemudian khalifah berkata kepadanya:’ Apa-apa hajat anda, sebutkan kepada saya’. Bila lelaki itu keluar dari situ ia bertemu dengan ’Uthman bin Hunaif , katanya: ’Mudah-mudahan Allah memberi ganjaran kebaikan kepada anda kerana beliau tidak akan melihat kepada hajat saya sehingga tuan berbicara kepadanya untuk saya.’ Tetapi ibn Hunaif berkata: ’Demi Allah, saya tidak bercakap dengan baginda, tetapi saya melihat Rasulullah SAW bila orang buta datang bertemu dengannya dan merayu berkenaan dengan matanya yang tidak boleh melihat’.

Berkenaan hadis di atas, telah berkata al Imam Abdullah al Ghumari di dalam kitabnya (إتحاف الأذكياء):

 


بعد أن ذكر رواية الطبراني والبيهقي لهذه القصة: وهذه القصة صحيحة صححها الطبراني ونقل تصحيحه الحافظ المنذري في الترغيب والحافظ الهيثمي في مجمع الزوائد وأقرّاه عليه

 

Ikhwah… Rasanya, cukuplah setakat ini aku kumpulkan beberapa hadis Baginda SAW buat pedoman amalan kita. Usah diragui akan kebenaran yang jelas nyata. Abaikan golongan-golongan fitnah akhir zaman, yang selalu menggugat keutuhan dan perpaduaan ummat Baginda. Abaikan mereka. Mereka ibarat radio lama yang selalu memainkan lagu-lagu lama agar ummah leka dengan persoalan dan isu yang sudah sekian lamanya dibincangkan oleh pada ilmuan Islam.

 

Kisah al-‘Utbi

 

By:Dupwp

 

Satu kisah yang cukup terkenal, cukup masyhur dan dinukilkan oleh para ulama dalam kitab-kitab mereka. Antaranya Imam Ibnu Katsir dalam Tafsirnya, Imam an-Nawawi dalam “al-Adzkar“, Imam Ibnu ‘Asaakir dalam Tarikhnya, Imam Taqiyuddin as-Subki dalam “Syifa-us Saqam fi Ziyaarati Khairil Anam“, Imam al-Mazaali dalam “Mishbahul Dzalaam fil mustaghitsiina bi Sayyidil Anaam fil yaqadzati wal manaam” dan Imam al-Hafiz Ibnul Jawzi dalam “Matsiirul ‘Azmis Saakin“. Kisah yang menceritakan perbuatan seorang lelaki yang bertawassul dan beristighatsah dengan Junjungan Nabi s.a.w., lalu kemudian dia mendapat bisyarah daripada Junjungan Nabi s.a.w. melalui lidah seorang ulama yang bernama Imam Abu ‘Abdur Rahman Muhammad bin ‘Abdullah @ ‘Ubaidillah bin ‘Amr bin Mu`aawiyah bin ‘Amr bin ‘Utbah bin Abu Sufyan Sakhr bin Harb yang lebih dikenali sebagai Imam al-‘Utbi. Untuk teks cerita ini aku nukilkan tulisan Imamuna an-Nawawi rahimahUllah dalam kitabnya “al-Adzkar” halaman 308, di mana Imam an-Nawawi menulis:-

Daripada Imam al-‘Utbi di mana dia telah berkata: ” Adalah aku satu ketika duduk di samping kubur Junjungan Nabi s.a.w., maka telah datang seorang A’raabi ( ‘Arab dusun @ penduduk kampung) mengucapkan salam kepada Junjungan Nabi s.a.w. dengan katanya:

“Salam kesejahteraan bagimu, wahai Rasulullah, aku telah mendengar Allah ta`ala berfirman:

وَلَوْ أَنَّهُمْ إِذ ظَّلَمُوۤاْ أَنْفُسَهُمْ جَآءُوكَ فَٱسْتَغْفَرُواْ ٱللَّهَ
وَٱسْتَغْفَرَ لَهُمُ ٱلرَّسُولُ لَوَجَدُواْ ٱللَّهَ تَوَّاباً رَّحِيما
ً

 

[Dan kalaulah mereka ketika menganiayai diri mereka sendiri (dengan membuat dosa dan kesalahan) datang kepadamu (wahai Nabi) lalu memohon ampun kepada Allah, dan Rasulullah juga memohon ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.]

Dan aku telah mendatangimu dalam keadaan memohon keampunan dari segala dosaku dan mengharapkan syafaatmu kepada Tuhanku.”

Lalu dia melantunkan beberapa bait syair seperti berikut:-


يا خير من دفنت بالقاع اعظمه * فطاب من طيبهن القاع و الأكم
نفسي الفداء لقبر انت ساكنه * فيه العفاف و فيه الجود و الكرم

Wahai manusia terbaik bersemadi dalam bumi jasadnya
Maka harumlah lembah dan bukit dengan keharumannya
Jiwaku jadi tebusan kubur yang engkau penghuninya
Dalamnya ada (pribadi) yang suci, pemurah lagi mulia

Al-‘Utbi meneruskan ceritanya: “Kemudian, dia berpaling meninggalkan maqam Junjungan Nabi s.a.w., tiba-tiba dua mataku mengantuk, lalu aku bermimpi melihat Junjungan Nabi s.a.w. dalam tidurku dan baginda bersabda kepadaku: “Wahai ‘Utbi, segera pergi berjumpa si A’rabi itu dan khabarkan berita gembira kepadanya bahawa Allah telah mengampuninya.

Ikhwah, ini bukan hadits Junjungan Nabi s.a.w. sekadar cerita. Walau bagaimanapun, ianya bukan cerita yang dihikayatkan oleh Tok Awang Batil, tetapi cerita yang disampaikan dan dinukil dan dicatat oleh para ulama terbilang umat ini dalam kitab-kitab mereka. Maka terpulanglah bagi ikhwah, sama ada untuk mempercayai cerita ini atau tidak. Para ulama yang menukilkan cerita ini, adakah mereka mengkritik perlakuan si A’rabi tadi ? Adakah mereka mengkafirkan si A’rabi tadi kerana telah melakukan istighatsah dengan Junjungan Nabi s.a.w.? Adakah mereka menghukum si A’rabi sebagai musyrik? Imam an-Nawawi meletakkan cerita al-‘Utbi ini dalam kitabnya yang masyhur “al-Adzkar” dalam fasal mengenai ziarah kubur Junjungan Nabi s.a.w. tanpa kritikan apa-apa. Tidak pula Imam an-Nawawi mensyirikkan perbuatan A’rabi tadi dan sebagainya. Dan dalam kitabnya “al-Iidhaah fi Manaasikil Hajj wal Umrah” halaman 454 – 455, Imam an-Nawawi memuji ucapan A’raabi tersebut dan menganjurkan agar ianya diamalkan tatkala kita berziarah ke maqam Junjungan Nabi s.a.w. dengan katanya:-

ثم يرجع الى موقفه الأول قبال وجه رسول الله
صلى الله عليه و سلم و يتوسل به في حق نفسه
و يتشفع به الى ربه سبحانه و تعالى،
و من احسن ما يقول ما حكاه اصحابنا
عن العتبي مستحسنين له قال:….. قصة العتبي

…. Kemudian hendaklah penziarah maqam Junjungan Nabi s.a.w. kembali ke tempat berhentinya yang pertama yang menghadap wajah Junjungan Nabi s.a.w. (yakni setelah dia bergerak kadar sehasta ke kanan untuk memberi salam kepada Sayyidina Abu Bakar r.a. dan sehasta lagi untuk salam kepada Sayyidina ‘Umar, maka dia kembali ke tempat awalnya yang menghadap Junjungan Nabi s.a.w.). Dan si penziarah bertawassullah dengan Junjungan Nabi s.a.w. bagi hak dirinya dan dia memohon syafaat baginda kepada Tuhannya s.w.t. Dan daripada sebaik-baik ucapan yang (boleh) diucapkannya (tatkala itu) ialah apa yang telah diceritakan dan dipandang baik oleh para sahabat kami (yakni para ulama Syafi`iyyah) daripada al-‘Utbi di mana dia berkata:- …….. kisah al-‘Utbi di atas tadi cuma di sini ada penambahan dua bait lagi iaitu:

……………………….
……………………….
انت الشفيع الذي ترجى شفاعته * على الصراط اذا ما زلت القدم
و صاحباك فلا انساهما ابدا * مني السلام عليكم ما جرى القلم

Engkaulah pemberi syafaat yang diharapkan syafaatnya
Ketika tergelincir segala kaki tatkala melintas shirath
Dan dua sahabatmu sekali-kali tidak aku lupa
Dariku ucapan salam kepada kamu sebanyak tulisan Qalam

 

Advertisements

Filed under: Uncategorized

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: