DEWAN ULAMA’ W.P

Ikon

Cakna ulama’,kebersamaan dalam pelbagai perkara dan amanah diatas tugas para anbiya’,’The boon and bane of Islamic Society’

Ensiklopedia

Kemerdekaan

Kemerdekaan ialah pemerintahan sendiri oleh penduduk-penduduk sebuah negara yang secara amnya menuntut kedaulatan.

 

Istilah kemerdekaan digunakan untuk membezakan dengan penaklukan yang merujuk kepada sesuatu kawasan sebagai “wilayah” yang dikawal oleh sebuah kerajaan luaran dari segi politik dan tentera. Perkataan ini kekadang juga digunakan dalam erti kata yang lebih lemah untuk membezakan dengan hegemoni yang merupakan kawalan sebuah negara secara tak langsung oleh sebuah negara yang lebih kuat.

 

Kemerdekaan boleh merupakan taraf permulaan bagi sebuah negara muncul (sering kali untuk mengisi kekosongan politik), tetapi sering merupakan pembebasan daripada kuasa yang mendominasi kawasan itu. Dari segi negatif, kemerdekaan juga boleh ditakrifkan sebagai keadaan yang tidak dikuasai oleh kuasa yang lain melalui penjajahan, dasar peluasan kuasa atau imperialisme.

 

Kemerdekaan boleh diperoleh melalui penyahjajahan, pemisahan atau pembahagian. Walaupun ketiga-tiga ini sering berbetulan dengan kemerdekaan, ketiga-ketiga ini harus tidak dikelirukan dengan pemberontakan yang biasanya merujuk kepada penggulingan pihak berkuasa secara ganas. Ini kekadang hanya bertujuan untuk pengagihan semula kuasa — dengan atau tanpa unsur pembebasan seperti dalam kes pendemokrasian — di dalam sebuah negara dan oleh itu, bentuk negara itu tidak berubah. Umpamanya, Revolusi Oktober Rusia tidak bertujuan untuk memperoleh kemerdekaan negara; sebaliknya Perang Revolusi Amerika Syarikat bertujuan sedemikian.

 

Autonomi merujuk kepada sejenis kemerdekaan yang diberikan oleh pihak berkuasa yang pada dirinya masih mengekalkan kuasa muktamad terhadap wilayah itu (sila lihat penurunan kuasa). Negeri naungan merujuk kepada kawasan autonomi yang bergantung kepada kerajaan yang lebih besar untuk perlindungannya sebagai kawasan autonomi.

 

Sebuah negara yang ingin menuntut kemerdekaan daripada pihak berkuasa akan mengumumkan pengisytiharan kemerdekaan, umpamanya Pengisytiharan Arbroath oleh Scotland yang merupakan contoh negara terawal yang masih wujud serta Pengisytiharan Kemerdekaan Amerika Syarikat pada tahun 1776 yang paling masyhur.

 

Terdapat banyak sebab mengapa sebuah negara atau wilayah hendak menuntut kemerdekaan. Kekecewaan terhadap pihak berkuasa merupakan alasan yang sering dikemukakan oleh gerakan-gerakan pengikut faham pemisahan, tetapi kesusahan ekonomi biasanya adalah yang mencetuskan tindakan gerakan-gerakan ini. Cara untuk menuntut kemerdekaan berbeza-beza dari tunjuk perasaan yang aman ke perang saudara yang ganas.

 

Tarikh kemerdekaan (atau kekadangnya permulaan pemberontakan) biasanya dirayakan sebagai hari kelepasan negara yang dikenali sebagai hari kemerdekaan

 

Sebelum pemasyhuran kemerdekaan Tanah Melayu dibuat, tepat pada detik pertama pukul 12.00 tengah malam di Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur telah berlakunya upacara menurunkan bendera Union Jack bagi menandakan berakhirnya penjajahan British di Tanah Melayu dan lahirnya sebuah negara baru yang berdaulat, setaraf dan setimpal dengan semua negara-negara yang berdaulat di dunia. Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dinaikkan oleh beberapa orang pemuda UMNO sambil disaksikan sendiri oleh Tunku Abdul Rahman.

Laungan “MERDEKA” telah dilaksanakan oleh Tunku Abdul Rahman sebanyak 7 kali sebagai Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama pada keesokan harinya tepat 9.30 pagi di hadapan 20 ribu rakyat Persekutuan Tanah Melayu dan Raja-rajanya serta perwakilan dari 30 negara-negara Komanwel dan negara-negara asing lainnya. Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dinaikkan dengan iringan Lagu Kebangsaan Negaraku yang buat pertama kalinya diperdengarkan, dan diikuti pula dengan seruan azan dan tembakan meriam seratus satu das. Wakil Ratu Elizabeth II sendiri iaitu Duke of Wellington menyerahkan dokumen penyerahan kuasa, di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

Dengan pengisytiharan itu, maka berakhirlah penjajahan Inggeris dan kuasa Baginda Ratu ke atas Persekutuan Tanah Melayu termasuk Pulau Pinang dan Melaka iaitu sejak lebih 170 tahun. Pada hari itu juga Pesuruhjaya Tinggi British terakhir di Persekutuan Tanah Melayu, Sir Donald Mae Gilivary dan isterinya telah meninggalkan negara ini dan pulang ke England.

Tetamu kehormat

Apabila Tanah Melayu meraikan Hari Kemerdekaannya yang pertama, hotel-hotel baru didirikan di serata Kuala Lumpur untuk menampung delegasi luar yang bakal datang setelah dijemput oleh Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu untuk menyaksikan hari bersejarah tersebut.

Barisan pertama perwakilan asing ke Tanah Melayu ialah:

Ketika mendarat di Lapangan Terbang Sungai Besi, tetamu kehormat telah disambut oleh Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu, Sir Donald Charles MacGillivray dan Lady MacGillivray, Yang di-Pertuan Agong Tanah Melayu yang pertama, Tuanku Abdul Rahman diiringi Raja Permaisuri Agong dan Perdana Menteri Tanah Melayu yang pertama, Tunku Abdul Rahman.

Kandungan Pemasyhuran Kemerdekaan

Dokumen Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 telah ditulis dalam dua bahasa iaitu bahasa Melayu yang ditulis jawi dan bahasa Inggeris.

Pemasyhuran kemerdekaan

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Mengasihani, segala puji bagi Allah yang Maha Berkuasa dan selawat dan salam ke atas sekalian Rasul-Nya.

Bahawasanya kerana telah tibalah masanya bagi umat Persekutuan Tanah Melayu ini mencapai taraf suatu bangsa yang merdeka lagi berdaulat sama setimpal kedudukannya dengan segala bangsa seluruh dunia.

Dan bahawasanya kerana dengan perjanjian yang disebut namanya Perjanjian Tanah Melayu tahun 1957 yang diperbuat antara Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen dengan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, maka, telah dipersetujui bahawa Negeri-negeri Melayu, iaitu Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Kedah, perlis, Kelantan, Terengganu, dan Perak serta negeri yang dahulunya dinamakan Negeri Selat, iaitu Melaka dan Pulau Pinang, mulai 31 hari bulan Ogos tahun 1957, hendaklah menjadi sebuah Persekutuan baharu bagi negeri-negeri yang bernama Persekutuan Tanah Melayu.

Dan bahawasanya kerana telah bersetuju pula antara kedua-dua pihak dalam perjanjian tersebut, iaitu Melaka dan Pulau Pinang hendaklah daripada tarikh tersebut itu tamat daripada menjadi sebahagian daripada jajahan takluk Baginda Queen, dan Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen tidak lagi berhak menjalankan apa-apa kedaulatan baginda ke atas kedua-dua buah negeri yang tersebut itu.

Dan bahawasanya kerana telah bersetuju pula antara kedua-dua pihak yang tersebut, iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu tahun 1948, dan segala peranjian yang lain yang ada sekarang antara Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen dengan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja ataupun salah seorang daripada baginda itu sebelum tarikh yang tersebut hendaklah dibatalkan mulai daripada tarikh itu, dan semua kuat kuasa dan hak Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen ataupun Parlimen Negeri United Kingdom dalam Negeri-Negeri Selat ataupun Persekutuan Tanah Melayu seluruhannya adalah tamat dengan sendirinya.

Dan bahawasanya kerana Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen, Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, Parlimen Negeri United Kingdom dan Majlis-Majlis Undangan Persekutuan dan Negeri-Negeri Melayu telah meluluskannya, Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu tahun 1957 itu berjalan kuat kuasanya.

Dan bahawasanya kerana suatu perlembagaan bagi kerajaan Persekutuan Tanah Melayu telah ditentukan menjadi suatu kanun yang muktamad baginya.

Dan bahawasanya kerana Perlembagaan Persekutuan yang tersebut itu, maka, ada disediakan syarat untuk menjaga keselamatan hak-hak dan keutamaan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja serta hak-hak asasi dan kebebasan sekalian rakyat dan untuk memajukan Persekutuan Tanah Melayu dengan aman dan damai serta teratur sebagai sebuah kerajaan yang mempunyai Raja yang Berperlembagaan yang berdasarkan demokrasi cara Parlimen.

Dan bahawasanya kerana Perlembagaan Persekutuan yang diadakan oleh Majlis Undangan Persekutuan yang tersebut itu telah diluluskan oleh suatu undang-undang yang diadakah oleh Majlis Undangan Persekutuan serta dengan undang-undang yang diadakan oleh negeri-negeri Melayu dan dengan ketetapan-ketetapan dalam Majlis Undangan Negeri Melaka dan Pulau Pinang, dengan demikian Perlembagaan itu telah berjalan kuat kuasanya pada 31 hari bulan Ogos tahun 1957.

Maka, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, saya Tunku Abdul Rahman Putra ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Perdana Menteri bagi Persekutuan Tanah Melayu, dengan persetujuan dan perkenan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja negeri-Negeri Melayu dengan ini memasyhurkan dan mengisytiharkan bagi pihak umat Persekutuan Tanah Melayu bahawa mulai Tiga Puluh Satu hari bulan Ogos Tahun Seribu Sembilan Ratus Lima Puluh Tujuh, maka Persekutuan Tanah Melayu yang mengandungi Negeri Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, Perak, Melaka dan Pulau Pinang dengan limpah rahmat Allah subhanahu wa ta’ala akan kekal menjadi sebuah negara yang merdeka dan berdaulat serta berdasarkan kebebasan dan keadilan dan sentiasa menjaga dan mengutamakan kesejahteraan dan kesentosaan rakyatnya dan mengekalkan keamanan antara segala bangsa.

 

Cap jari

By:Dupwp

Hujung jari menunjukkan cap jari.

 

 

Hujung jari menunjukkan cap jari.

Cap jari yang sama pada permukaan. Cap jari yang sama pada permukaan.

Cap jari manusia merupakan pola bekas yang tinggal pada mana-mana permukaan rata oleh kulit timbul pada hujung jari [1]. Kulit timbul ini juga dikenali sebagai “rabung dermis” atau “papila dermis”. Cap jari mungkin ditinggalkan oleh rembesan biasa (kandungan utama air) dari kelenjar ekrin yang terdapat di kulit timbul tangan, ataupun boleh dibuat oleh dakwat atau bahan cemar lain yang terkena jari dan ditinggalkan pada permukaan yang agak licin seperti kad cap jari [2].

Cap jari biasanya digunakan sebagai kaedah yang pasti benar bagi mengenal pasti individual secara unik, tetapi ia lebih kepada seni berbanding sains: kebanyakan makmal negeri dan kebangsaan tidak akan melapurkan padanan cap jari sehingga dua pakar merumuskan sedemikian secara bebas.[3]

Asas pengenalan cap jari adalah kekal dan berlainan. Secara teori, sebahagian besar ciri-ciri cap jari ditentukan oleh persekitaran pada tempoh bulan ke-3 dan ke-4 semasa mengandung, dan tidak bertukar.[3] Secara pratikal, parut dan ketuat mampu mengubah sedikit cap jari.[3] Secara popular, tiada dua individual, termasuk kembar seiras, dipercayai memiliki cap jari yang sama.[3] Pada tahun 1892, Sir Francis Galton mendapati bahawa cap jari biasa memiliki 35-50 titik pengenalan (“minutiae“) dan kemungkinan dua yang sama adalah 1 dalam 64 bilion. Dengan jumlah penduduk dunia (2006) [4] 6.5 bilion individual (dan dengan itu 65 bilion cap jari), ianya mustahil bagi kesemuanya berbeza.[5] Secara pratikal, bagaimanapun, pengenalan biasanya dilakukan berdasarkan 8 hingga 12 minutiae.[6] Menggunakan hanya satu perlima minutae akan mengurangkan potensi jumlah cap jari yang berbeza.

Cap jari biasa terdiri dari peluh, sebum, kekotoran, dan kulit tercemar yang dikenali sebagai cap jari latent, bagi membezakannya dengan cap bandingan yang sengaja diambil dengan jari berdakwat pada “kad cap jari”.[3]

Hujung jari bukannya satu-satu bahagian badan manusia yang mempunyai rabung geser (friction ridges). Ia juga terdapat pada sepanjang jari, telapak tangan, dan kulit yang seumpamanya pada ibu jari kaki dan kaki[7] dan ia turut juga digunakan sebagai pengenalan forsenik.[8]

Mengenal pasti cap jariMengenal pasti cap jari (kadang kala dikenali sebagai daktyloscopi) adalah proses membandingkan kesan kulit timbul antara yang diketahui dengan yang ingin diketahui (lihat minutiae) dari jari, tapak tangan, dan jari kaki untuk menentukan samada kesan itu berasal dari jari yang sama (atau tapak tangan, jari kaki, dll.). Kelenturan garis yang terdapat pada kulit menjadikan ianya tidak akan ssma tepat (sama dalam setiap perincian), walaupun kesan cap jari yang di ambil secara berturutan. Pengenalpasti cap jari (juga dikenali sebagai individualization) berlaku apabila seorang pakar (atau sistem komputer pakar beroperasi di bawah peraturan pemberian markah minima (threshold scoring rules)) menentukan bahawa kesan timbul berasal dari jari yang sama, atau tapak tangan (atau jari kaki, tumut) sehingga menyingkarkan yang lain.

Cap tak kelihatan (Latent)

Walaupun perkataan latent bererti tersembunyi atau tak kelihatan, dalam penggunaan moden bagi sains forsenik istilah cap tak kelihatan (latent prints) bererti sebarang cara atau peluang tau kesan tidak sengaja yang ditinggalkan oleh kulit timbul pada permukaan, tanpa mengira samaada ia kelihatan atau tidak kelihatan ketika ia ditinggalkan. Teknik pemprosesan eletronik, kimia, dan fizikal membenarkan kesan cap tak kelihatan dilihat samaada akibat pengeluaran (kelenjar eccrine)semulajadi yang terdapat pada kulit timbul (yang menghasilkan peluh, tanpa minyak), atau samada kesan tersebut dalam pencemaran seperti minyak, darah, dakwat, dll.

Cap terpelihara (Patent prints)

Ini merupakan cap yang jelas pada penglihatan manusia dan disebabkan oleh pemindahan bahan asing pada jari, pada permukaan. Oleh kerana ia sudahpun dapat dilihat ia tidak perlu diperjelaskan lagi, dan dirakamkan dan bukannya diambil. Sekiranya mungkin, bahan yang terdapat cap jari itu diambil dan dikaji oleh pakar sains forsenik.

Kesan plastik

Kesan plastik merujuk kepada kesan rabung dermis dari jari atau tapak tangan (atau jari kaki/tapak kaki) yang terlekat pada bahan yang mengekalkan bentuk rabung dengan terperinci. Contoh ynag biasa didapati adalah lilin cair, bahan lembut dari keliling tinmgkap dan lapisan minyak gris tebal pada bahagian kereta. Kesan sedemikian telahpun kelihatan jelas dan tidak memerlukan peningkatan, tetapi para penyiasat tidak seharusnya melupakan potensi bahawa kesan tak kelihatan yang ditinggalkan oleh yang bersubahat mungin turut terdapat pada permukaan. Selepas gambar kesan sedemikian dirakam, cubaan harus dilakukan bagi mendapatkan kesan bukan plastik yang tertinggal oleh kelenjar peluh semulajadi jari/tapak tangan (pengeluaran kelenjar eccrine) atau pencemaran.

Mengelaskan cap jari

Terdapat tiga jenis pola asas cap jari: Gerbang, Membulat (Loop) dan Whorl. Terdapat juga sistem pengelassan yang lebih rumit yang memecahkan pola kepada gerbang asas atau gerbang berkhemah (tented arches). Membulah mungkin radial atau ulnar. Whorls juga mempunyai pengelasan kumpulan kecil termasuk whorls asas, whorls tidak sengaja (‘accidental ‘), whorls membulat berkembar, dan whorls membulat poket tengah.


Garis masa

Tidak terdapat tarikh yang tepat bila kaedah cap jari digunakan. Bagaimanapun, rekod tarikh moden yang penting mengenai penggunaan cap jari bagi padanan positif (positive identification) adalah seperti berikut:

  • 1823: Jan Evangelista Purkyne, profesor anatomi dari Universiti Breslau, menerbitkan tesisnya yang membincangkan 9 pola cap jari, tetapi dia tidak menyebut mengenai penggunaan cap jari bagi mengenal pasti individual.
  • 1880: Dr Henry Faulds dari Scot menerbitkan kertas pertama mengenai hal tersebut dalam journal saintifik Nature pada 1880. Apabila dia kembali ke UK pada 1886, dia menawarkan konsep tersebut kepada Metropolitan Police di London tetapi tidak diterima.
  • 1892: Sir Francis Galton menerbitkan model statistik terperinci analisa dan padanan cap jari dan menggalakkan penggunaannya dalam sains forsenik dalam bukunya Finger Prints.
  • 1892: Juan Vucetich, pegawai polis Argentina yang telah mengkaji jenis pola Galton selama setahun, berjaya mengenal pasti cap jari jenayah yang pertama. Dia berjaya membuktikan Francisca Rojas bersalah kerana membunuh selepas menunjukkan cap jari berdarah yang ditemui di tempat jenayah kepunyaanya, dan hanya miliknya sahaja.
  • 1897: Bureau Cap Jari dunia pertama di buka di Calcutta (sekarang Kolkata) India selepas Majlis Jeneral Gabenor (Council of the Governor General) meluluskan lapuran jawatankuasa (pada 12 Jun 1897) bahawa cap jari patut digunakan bagi pengkelassan rekod jenayah. Bekerja dengan Calcutta Anthropometric Bureau (sebelum ia dikenali sebagai Beureau Cap Jari) adalah Azizul Haque dan Hem Chandra Bose. Haque dan Bose adalah pakar cap jari India yang diiktiraf dengan pembangunan awal sistem pengkelassan cap jari yang akhirnya dinamakan sempena penyelia mereka, Sir Edward Richard Henry.
  • 1901: Beurau Cap Jari United Kingdom yang pertama diasaskan di Scotland Yard. Sistem Pengelassan Henry, dicipta oleh Sir Edward Richard Henry dengan bantuan Haque dan Bose, diterima di England dan Wales.
  • 1902: Dr. Henry P. DeForrest menggunakan cap jari di Perkhidmatan Awam New York.

Kesilapan yang mungkin

Terdapat dua jenis kesilapan dalam bukti forsenik. Padanan yang silap, atau padanan salah, berlaku apabila kesan yang sepatutnya dipadankan dengan orang yang disyaki tidak berlaku. Kesilapan pengenalpasti kedua, di mana kesan jari dikatakan kepada orang lain selain sumber asal. Ini dianggap sebagai kesilapan lebih serius, sungguhpun begitu tiada cara bagi mengetahui berapa banyak kesilapan sebegini berlaku. Kesilapan lain termasuk kesilapan merakamkan dokumentasi berkait dengan jumpaan kesan pendam (latent print).

Sebagaimana sebarang bidang membabitkan usaha manusia, kesilapan dalam padanan cap jari boleh dan telah berlaku. Apabila kesilapan sedemikian diketahui ia sering kali menjadi tajuk berita sedunia. Salah satu kesilapan padanan cap jari yang paling terkenal dilakukan oleh Makmal FBI pada 2004. Sungguhpun Makmal FBI Laboratory mengakui satu kesilapan padanan cap jari pendam setiap sebelas tahun, kesilapan 2004 adalah kejadian yang pertama diketahui selama 84 tahun Makmal FBI beroperasi di mana kesilapan tidak disedari dan diperbetulkan sebelum ia menyebabkan orang yang tidak bersalah dipenjarakan. Berikutan dengan kesedaran kesilapan tersebut, Makmal FBI melalui penilaian dalaman dan luaran termasuk juga penyiasatan oleh Pejabat Jeneral Inspektor. Keputusan panel penilai termasuk juga OIG adalah analisa cap jari adalah boleh diharap dan kejadian yang disiasat disebabkan oleh kesilapan mereka yang menggunakannya.


S.P.R

By:Dupwp

Malaysia

Rencana ini sebahagian daripada siri:
Politik dan kerajaan Malaysia
 

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) ialah sebuah badan bebas yang ditugaskan oleh

Perkara 114 dalam Perlembagaan Negara untuk mengadakan pilihan raya ke Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri di Malaysia. Ditubuhkan pada 4 September 1957, dasar suruhanjaya ini yang bebas daripada Badan Eksekutif adalah untuk memelihara, menyelia, dan mengekalkan proses demokrasi di negara ini melalui pilihan raya yang bebas dan adil.

Untuk memastikan Suruhanjaya tidak boleh diganggu oleh Badan Eksekutif dalam penjalanan fungsinya, Perlembagaan telah memberikan jaminan jawatan kepada ahli-ahlinya, seperti jaminan yang diberikan kepada ahli-ahli badan kehakiman (sila lihat Pemecatan Tun Salleh Abas, Ketua Hakim Negara Malaysia). Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam Fasal (3) Perkara 114 Perlembagaan, seseorang ahli Suruhanjaya tidak boleh dipecat daripada jawatannya kecuali dia:

  • mencapai umum enam puluh lima tahun;
  • menjadi seorang bankrap belum lepas;
  • melibatkan diri dalam apa-apa jawatan atau pekerjaan berbayar di luar tugas jawatannya; atau
  • menjadi anggota mana-mana satu Majlis Parlimen atau Dewan Undangan sesuatu Negeri.

Struktur organisasi dan fungsi

SPR terdiri daripada tujuh anggota, iaitu seorang Pengerusi, seorang Timbalan Pengerusi, serta lima orang Ahli yang dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja. Pengerusi terkini (2006) ialah Tan Sri Datuk Seri Panglima Hj. Abdul Rashid bin Abdul Rahman.

Suruhanjaya Pilihan Raya mempunyai tiga fungsi yang utama seperti berikut:

  • membuat kajian dan persempadanan semula Bahagian-bahagian Pilihan Raya Parlimen dan Negeri setiap tidak kurang daripada lapan tahun;
  • menjalankan urusan pendaftaran pemilih dan semakan daftar pemilih; dan
  • menjalankan pilihan raya umum ke Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri, dan menjalankan pilihan raya kecil sekiranya berlaku kekosongan.

Untuk menjalankan fungsi Suruhanjaya Pilihan Raya serta melaksanakan keputusan-keputusan Suruhanjaya, sebuah Urus Setia diwujudkan. Urus Setia ini, yang diketuai oleh seorang Setiausaha yang merupakan Ketua Pegawai Pentadbir, mempunyai 14 pejabat di setiap negeri di Malaysia, dengan masing-masing diketuai oleh seorang Pengarah Pilihan Raya Negeri. Anggota-anggota pejabat pilihan raya negeri, bersama-sama dengan Ketua Pegawai Pentadbir, dilantik daripada Perkhidmatan Awam Malaysia.

Sejarah

Pada masa penubuhan SPR dalam tahun 1957, SPR terdiri daripada seorang Pengerusi dan dua orang Ahli. Pengerusi pertama ialah Datuk Dr. Mustafa Albakri bin Haji Hassan, manakala dua orang Ahlinya ialah Lee Ewe Boon dan Ditt Singh.

Selepas penubuhan Malaysia pada tahun 1963 dengan pemasukan negeri Sabah dan Sarawak ke dalam Persekutuan, bilangan Ahli SPR ditambahkan menjadi tiga. Ahli tambahan ini dilantik dari Sabah dan Sarawak secara bergilir-gilir untuk mewakili kedua-dua negeri Malaysia Timur ini. Datuk Abang Haji Marzuki bin Nor dari Sarawak ialah Ahli pertama yang dilantik untuk mewakili kedua-dua negeri Sabah dan Sarawak.

Pada tahun 1981, satu pindaan ke atas Artikel 114 dalam Perlembagaan Persekutuan telah dibuat untuk membolehkan pelantikan seorang Timbalan Pengurusi. Pada tahun 2002 pula, satu lagi pindaan telah dibuat ke atas Artikel yang sama untuk membenarkan dua orang Ahli tambahan dalam suruhanjaya, termasuk seorang Ahli bagi setiap negeri Sabah dan Sarawak. Dengan penambahan ini, keanggotaan SPR menjadi 7 orang, iaitu seorang Pengerusi, seorang Timbalan Pengerusi dan 5 orang Ahli.

Dalam pelaksanaan fungsinya, Suruhanjaya Pilihan Raya menubuhkan sebuah Sekretariat yang diketuai oleh seorang Setiausaha yang juga bertindak sebagai Ketua Pegawai Pentadbir Suruhanjaya Pilihan Raya. Setiausaha pertama ialah H. Cassidy yang berkhidmat dari 1957 hingga 1958.

Sejak penubuhannya, ibu pejabat SPR telah dipindah empat kali:

  • 1957 – 1978: Bangunan Sultan Abdul Samad, Jalan Clark, Kuala Lumpur
  • 1978 – 1985: Bangunan Yayasan Selangor, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur
  • 1985 – 1988: Bangunan Tong Ah, Jalan P. Ramlee
  • 1988 – 2000: Menara Bank Pembangunan, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur
  • Nov 2000 – kini: Aras 4-5 Blok C7, Parcel C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62690 Putrajaya.

Mongolia

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Dupwp:Jul 20, 07

Jump to: navigation, search

 

frames

Bendera

[[Bendera {{{common_name}}}|Bendera]]

frames
Lambang
[[Lambang {{{common_name}}}|Lambang]]
Peta Mongolia
Keluasan:
% air:
1,564,116 km2
0.6%

Negara Mongolia merupakan negara tanpa pantai atau laut kedua terbesar di dunia. Negara ini terletak di Asia Timur. Tetapi kadang kala dikatakan di Asia Tengah. Bersempadan dengan negara Rusia di utara dan China di selatan . Mongolia mengamalkan sistem politik demokrasi berparlimen. Ibu negara dan bandar terbesarnya ialah ialah Ulaanbaatar.

Mongolia adalah pusat Empayar Mongol di kurun ke-13 dan adalah kemudiannya diperintah oleh Dinasti Manchu dari abad 17 sehingga 1911. Merdeka dengan bantuan negara Rusia pada 1924. Dasar komunis mirip Rusia dilaksanakan pada peringkat awal. Apabila komunisme runtuh 1989, Mongolia meninggalkan komunisme dan mendokong perlembagaan demokratik mulai 1992. Jadi Mongolia merupakan negara pengamal demokratik termuda.

Keluasan 1,564,116 km persegi, Mongolia merupakan negara ke-19 terbesar di dunia.Kebanyakan muka buminya gersang dan kontang, tidak produktif dan dipenuhi rumput steppe , gunung-gunung di sebelah utara dan barat. Gurun Gobi merupakan padang pasir yang luas di sebelah selatan. 30 % penduduknya hidup secara nomad iaitu hidup berpindah-randah dengan membawa khemah dan sedikit peralatan untuk survival. Majoriti penduduk berugama Buddha Tibet.Etniknya terdiri daripada Mongol , Buriat, Kazakh dan Tuvan tinggal di barat.Satu pertiga penduduk tinggal di Ulaanbaatar.

Sejarah Mongolia

Etnik Mongolia telah mendiami kawasan ini sejak zaman prasejarah lagi. Mereka hidup secara nomad.

Xiongnu telah membentuk sebuah konfederasi di Modu Shanyu pada 209 BC . Mereka telah mengalahkan Donghu yang menguasai Mongolia Timur. Xiongnu menjadi musuh utama selama tiga abad. Lantaran itu Tembok Besar China dibina bagi menentang kuasa Xiongnu. Marsyal Meng Tian dari Empayar Qin membawa 300,000 tentera di sepanjang Tembok Besar China . Sesetengah daripada Xiongnu berhijrah ke Barat membentuk etnik Hun. Etnik Rouran pula membentuk bangsa Mongol sebelum ditewaskan oleh bangsa Gorturk.

Sejarah Awal

Eurasia pada abad ke-7 dan ke-8 dikuasai oleh bangsa Gorturk. Mereka ini adalah moyang kepada kaum Uigur,Khitan dan Jurchen. Abad ke-10 dikuasai oleh bangsa Mongol , satu cabang daripada Xianbei.

Abad ke-12 pemimpin popular bernama Temujin menyatukan bangsa Mongol dengan suku Naiman dan Jurchen dan melahirkan pemimpin bernama Genghis Khan. Beliau dikenali juga sebagai Chinggis Khan. Mulai 1206, Genghis meluaskan Empayar Mongol yang terkenal di seluruh dunia . Keluasan Empayar Mongol hingga ke bandar Kiev di Rusia. Selepas Gengis Khan mati, empayar itu terpecah kepada beberapa bahagian iaitu Mongolia dan China yang ditadbir oleh Dinasti Yuan. Pengasasnya ialah Kublai Khan yang berpusat di Beijing.Dinansti Yuan diganti pula oleh Dinansti Ming pada 1368. Tentera Ming mengejar tentera Mongol hingga ke Mongolia tetapi tidak menjajah Mongolia.

Semasa Empayar Mongol , Mongolia terbahagi kepada Oirad di barat dan Khalkha di timur. Altan Khan berjaya menyatukan Mongolia pada 1571. Beliau ditewaskan oleh Dinasti Ming dan Altan Khan akhirnya cenderung kepada agama Buddha Tibet.

Abad ke-17 Dinasti Manchu menakluk Mongolia mulai 1636 dan keseluruhannya pada 1691. Seterusnya Mongolia ditadbir oleh Dinasti Qing untuk berabad-abad.

Apabila Dinati Qing runtuh , Mongolia isytihar negara itu merdeka pada 1911. Tentera China dibawah pimpinan Xu Shuzheng menyerang ibu kota Mongolia pada 1919 .

Ungern Cossack kemudian berjaya menewaskan tentera China untuk seketika. Kemudian tentera komunis dari China berjaya menguasai Mongolia.

Tahun 1924, selepas kematian pemimpin agama Bogda Khan, Orang mongol telah memerintah sendiri negara mereka dengan restu negara Rusia.

Helikopter Nuri

SH-3 Sea King

 

Beberapa Sikorsky S-61 berlepas

 


Beberapa Sikorsky S-61 berlepas

Description
Role Multi-role helicopter
Crew 4 (2 pilots, 2 ASW systems operators)
Dimensions
Length 54 ft 9 in (fuselage) 16.7 m
Width    
Height 16 ft 10 in 5.13 m
Rotor diameter 62 ft 19 m
Weights
Empty 11,865 lb 5,382 kg
Loaded    
Maximum take-off 18,626 lb 8,449 kg
Powerplant
Engines 2 General Electric T58-GE-10 turboshaft
Power 1,400 shp (each)  
Performance
Maximum speed 166 mph 267 km/h
Combat range    
Ferry range 621 mi 1,000 km
Service ceiling 14,700 ft 4,481 m
Rate of climb 1,310-2,220 ft/min 400-670 m/min
Armament
Guns None
Torpedoes 2 Mk 46 torpedoes (on SH-3H)

Helikopter Nuri (juga dikenali sebagai Sikorsky S-61) adalah helikopter enjin berkembar pelbagai kegunaan. Ia berkhidmat dengan Tentera Udara DiRaja Malaysia dan tentera lain, di seluruh dunia.

Helikopter Nuri telahpun dinaiktaraf dengan pelbagai keupayaan seperti Radar Cuaca, “Doppler dan Doppler GPS”, Sistem Perkakasan Pendaratan ( Instrument Landing System ) dan, Keupayaan Penglihatan Malam ( Night Vision Capabilities ). Helikopter Nuri dirancang untuk terus digunakan sehingga 2018.

Setiap Nuri akan melalui pemeriksaan “Check One” bagi setiap pesawat mengambil masa sekitar 2 atau 3 hari manakala “Check Two” lebih kurang dua minggu dan seterusnya “Check 4” dan “Check 5” yang memakan masa di bawah enam bulan sahaja.

Penyelenggaraan Nuri kini diserahkan kepada AIROD Sdn Bhd. Helikopter Nuri yang tidak boleh terbang diletakkan dalam status “Aircraft On Ground” dan “Aircraft On Jack”. Alatganti yang diperlukan akan dibekalkan selewat-lewatnya 72 jam dari tarikh ianya berstatuskan “Aircraft On Ground”.

Ringkasan

Direka oleh Sikorsky, helikopter Nuri pertama terbang pada tahun 1959, dan beroperasi dengan tentera laut Amerika Syarikat pada Jun 1961. Ia direka untuk beroperasi di atas geladak kapal. Kipas lima bilahnya boleh dilipat untuk mudah disimpan. Kegunaan utamanya adalah untuk peperangan anti-kapal selam, tetapi juga berfungsi sebagai pesawat udara anti-kapal, cari dan menyelamat, pengangkutan, komunikasi, pengangkutan eksekutif dan peranan Amaran Awal Di Udara (Airborne Early Warning). Dalam tentera laut Amerika Syarikat, peranan pesawat udara anti-kapal selam dan cari dan menyelamat telah digantikan oleh SH-60 Sea Hawk sekitar 1990-an, tetapi kekal berkhidmat dalam peranan lain, sebagai pesawat udara anti-kapal selam simpanan, dan sekeliling dunia. Semua pesawat udara H-3 yang masih berada dalam perkhidmatan tentera laut Amerika Syarikat masih digunakan dalam peranan sokongan logistik, sokongan jarak jauh, cari dan menyelamat, ujian, dan pengangkutan VIP.

Variasi Westland Sea King dihasilkan di bawah lesen oleh Westland Helicopters, Ltd. di United Kingdom, yang menghasilkan versi khusus untuk Royal Navy. Ia dikuasai oleh sepasang Rolls-Royce Bristol Gnome turbin British, dan mempunyai peralatan anti-kapal selam dan penerbangan British. Variasi ini mula terbang pada 1969, dan memasuki perkhidmatan pada tahun berikutnya. Ia juga digunakan oleh Royal Air Force dan telah dijual ke seluruh dunia. Pesawat ini juga dihasilkan di Jepun bawah lesen.

Negara yang menggunakan helikopter Nuri (Sea King) termasuk Argentina, Australia, Belgium, Brazil, Kanada, Mesir, Jerman, India, Japan, Malaysia, Norway, Pakistan, Qatar, Sepanyol dan United Kingdom.

Persenjataan dan peralatan helikopter Nuri berbeza sesuai dengan peranannya. Persenjataan biasa bagi tugasan anti-kapalselam termasuk empat torpedo, empat depth charges atau peluru berpandu anti-kapal (Sea Eagle atau Exocet). Dalam peranan Cari dan Menyelamat kabin helikopter Nuri mampu memuatkan 22 orang atau sembilan anduh dan dua pegawai perubatan. Dalam peranan pengangkut tentera, 28 tentera boleh dibawa.

Helikopter Nuri (Sea King) juga digunakan sebagai helikopter rasmi bagi Presiden Amerika Syarikat, beroperasi di bawah kawalan Marin Amerika Syarikat. Ia dikenali sebagai Marine One apabila beliau berada di atasnya.

Lagu tema

Pilot Sea King Kanada mengarang “lagu tema” untuk perkhidmatan mereka, dinyanyikan menurut nada lagu pop Seasons in the Sun tahun 1970-an.

Selamat tinggal ayah, sila doakan saya
Helikopter saya terhempas di laut.

Korus

Kita bergembira, kita berseronok, kita ada Sea King di bawah matahari
Tetapi enjin terbakar dan Sea Kings mesti bersara.
Goodbye papa, please pray for me
My helicopter’s crashing in the sea.

The chorus runs

We had joy, we had fun, we had Sea Kings in the sun
But the engines are on fire and the Sea Kings must retire.

 

Ehsan Naval Helicopter Association

 


Ehsan Naval Helicopter Association

Kemampuan

  • SH-3H/D — Empat anak kapal (dua juru pandu, dua operator pengesan) dan tiga penumpang
  • UH-3H/SH-3G — Sehingga 15 penumpang

Persenjataan

  • 2 x MK-46/44 tropedo anti-kapal selam
  • Pelbagai sonobouys dan peranti pyroteknik

Prestasi

  • Helikopter SH-3D/H mempunyai keupayaan kelajuan udara sehingga 120 KIAS untuk 3.5-5.5 jam

Janakuasa

  • SH-3H/UH-3H: 2 x General Electric T-58-GE-402 enjin turboshaft — 1,500 shaft kuasa kuda (1100 kW) setiap satu.
  • SH-3D: 2 x General Electric T58-GE-10 enjin turboshaft — 1,400 shaft kuasa kuda (1000 kW) setiap satu.
  • SH-3G: 2 x General Electric T58-GE-8F enjin turboshaft — 1,250 shaft kuada kuda (900 kW) setiap satu.
  • Westland: two Rolls Royce Gnome (Mks. 1 & 2 H1400-1, Mk. 4 onwards H1400-2) turbine kuasa bebas – 1200 kW (1,600 shaft kuasa kuda setiap satu).

 

Ehsan Naval Helicopter Association

 


Ehsan Naval Helicopter Association

Templat:Airlistbox

Diperolehi daripada “http://ms.wikipedia.org/wiki/Helikopter_Nuri

Apa itu ISLAM?

Masjidil haram.

Perkataan Islam berasal dari perkataan Arab (aslama, yuslimu, islaman) yang bermaksud tunduk, patuh dan ia juga bermaksud selamat, sejahtera serta damai. Nama Islam itu sendiri adalah diberi oleh Allah Tuhan sekelian alam. Agama Islam adalah agama yang mentauhidkan Allah dan telah lama wujud sebermula dengan Nabi Adam a.s. sehingga Nabi terakhir Nabi Muhammad s.a.w. Cuma yang membezakan (antara nabi-nabi) ialah dari segi syariat sahaja.

Nama Agama Kristian dan Yahudi adalah merujuk kepada kaum atau rasul pada masa tersebut. Sedangkan Agama (syariat asal) Kristian dan Yahudi adalah Islam. Pada masa ini terdapat lebih 1.8 bilion Muslim di dunia. Kesemua mereka percaya bahawa Islam diturunkan oleh Allah kepada kesemua rasul-rasulnya, termasuk Nabi Adam A.S., Nabi Nuh A.S., Nabi Ibrahim A.S., Nabi Musa A.S., Nabi Isa A.S. dan akhirnya Nabi Muhammad s.a.w.. Pengikut syariat-syariat asal Kristian dan Yahudi adalah digelar ahli kitab. Mereka yang beriman dan beramal dengan ajaran agama Islam digelar Muslim.

Umat Islam percaya bahawa Semua makhluk yang berada di alam ciptaan Allah ini termasuklah tumbuh-tumbuhan, binatang, angin, air, bumi, bulan, matahari,bintang dan segalanya adalah patuh dan tunduk kepada ketentuan yang ditetapkan oleh Allah swt. Semua makhluk tersebut dan termasuklah para Malaikat dan sebahagian manusia dan Jin yang patuh adalah Islam kecuali Iblis dan sebahagian dari Jin yang engkar kepada perintah Allah swt.

Umat Islam percaya Nabi Muhammad saw diutuskan oleh Allah, untuk menyempurnakan syariat yang terdahulu dengan turunnya Al-Quran sebagai panduan dan muamalat baginda sebagai penerangnya. Dalam Islam terdapat 2 kumpulan fahaman utama iaitu ahli Sunnah wal jamaah (Sunni) dan Syiah. Perbezaan ini adalah disebabkan oleh perbedaan pendapat. Bagaimanapun, kesemua kumpulan ini tetap percaya bahawa Tuhan itu Allah dan dalam Islam ada rukun Islam dan rukun Iman yang menjadi teras amalan mukmin.

Dalam Islam, ada tiga konsep yang penting iaitu Iman, ‘amal dan Ihsan. Secara ringkasnya Iman adalah berkaitan dengan kepercayaan (aqidah) seorang Muslim. Kepercayaan ini bersandarkan kepada enam perkara yang disebut Rukun Iman. Rukun Islam pula berkait rapat dengan tanggungjawab seseorang Muslim yang perlu dilakukan. Manakala Ihsan menyentuh adab adab seorang Muslim.

 

 


Masjidil haram.

 

 

 


Kaligrafi Allah dalamBahasa Arab

 

 


Muhammad” dalam Gaya tulisan Islam Arab.

Kepercayaan utama seseorang Muslim boleh dilihat dengan jelas daripada ucapan dua kalimah syahadah yang bermaksud;
لا إله إلا الله محمد رسول الله Tiada Tuhan Melainkan Allah dan Muhammad ialah pesuruh AllahSeseorang yang ingin memeluk Islam hanya perlu menyebut kalimah syahadah untuk bergelar Muslim. Namun dari segi undang-undang, kebanyakan negara seperti Malaysia dan Brunei mewajibkan mualaf (nama yang diberikan kepada orang yang baru menukarkan agamanya kepada Islam) untuk mendaftarkan pertukaran agamanya ke pejabat pendaftaran, atau pejabat agama Islam. Ini bertujuan bagi memudahkan pengurusan jenazah setelah kematian akibat kemungkinannya timbul perbalahan akibat jenazah mungkin dituntut oleh keluarga yang ingin menyempurnakan jenazah menurut agama asal.

Pengertian Islam

Pengertian Islam dari segi bahasa

Perkataan Islam berasal dari bahasa Arab (أَسْلَمَ يُسِلِمُ إِسْلاَمًا : aslama, yuslimu, islaman)

Aslama bermaksud serah diri dan tunduk taat

Pengertian Islam dari segi istilah (terminologi)

Islam adalah cara hidup.Cara bagaimana manusia perlu mengatur hidup mereka di atas dunia.Ia adalah ugama wahyu yang diperturunkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW melalui malaikat Jibril as.

Rukun Islam

Para ulamak menetapkan setiap umat Islam mestilah mematuhi 5 perkara asas dalam Islam yang dikenali ramai sebagai Rukun Islam yang terdiri daripada lima perkara:-

  1. Mengucap kalimah syahadah dan menerima bahawa Allah itu tunggal dan nabi Muhammad s.a.w. itu rasul Allah.
  2. Menunaikan solat lima kali sehari.
  3. Berpuasa pada bulan Ramadhan.
  4. Mengeluarkan zakat.
  5. Mengerjakan Haji bagi mereka yang mampu.
Advertisements

Filed under: Uncategorized

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: