DEWAN ULAMA’ W.P

Ikon

Cakna ulama’,kebersamaan dalam pelbagai perkara dan amanah diatas tugas para anbiya’,’The boon and bane of Islamic Society’

Bidadari

“Yang taat jika suami memerintahnya, yang menyenangkan jika suami memandangnya, yang menjaga kehormatan diri suami dan hartanya.” (Riwayat an-Nasa’i, Ahmad dan al-Baihaqi)

Di antara sifat-sifat isteri yang solehah ialah:

1. Tidak melihat dan mencari aib wanita lain, tidak menceritakan keadaan tubuh wanita lain kepada suaminya, khuatir jika suaminya tertarik dan ini akan menimbulkan kerosakan. Al-Bukhari berkata: “Rasulullali s.a.w. melarang seorang Wanita berada dalam satu selimut dengan wanita lain, agar dia tidak menceritakan kepada suaminya.”
2. Memakai hijab di hadapan lelaki yang bukan muhramnya, termasuk lelaki buta. Rasulullah s.a.w, memerintahkan para wanita berhijab di hadapan orang yang buta dengan bersabda: “Pakailah hijab di hadapannya.” Mereka berkata: “Wahai Rasulullah, bukankah dia buta?” Baginda bersabda: “Apakah kedua mata kamu buta. Bukankah kamu melihatnya?” (Riwayat Abu Daud, at-Tirmizi dan Ahmad. Menurut at-Tirmizi, hadis ini Hasan)
3. Berhias, bersolek dan memakai minyak wangi di dalam rumah untuk suaminya. Ini dilakukan agar suaminya gembira dan mencegahnya melakukan perkara yang haram. Isteri yang solehah tidak boleh keluar rumah dalam keadaan bersolek dan membuat sesuatu yang menarik perhatian lelaki lain. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Allah melaknat lelaki yang seperti wanita (waria) dan wanita seperti lelaki. Usirlah mereka dari rumah kamu.” (Riwayat al-Bukhari, at-Tirmizi, Ibnu Majah dan Abu Daud).
4. Isteri yang solehah tidak menolak ajakan suaminya di tempat tidur. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Jika wanita menjauhi keinginan suaminya di malam hari, maka para malaikat melaknatnya sehingga dia kembali.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
5. Dalam keadaan ini, dia bersekutu dengan syaitan. Sedangkan wanita solehah ialah yang bersama dengan suaminya untuk menghadapi syaitan. Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: “Jika seorang lelaki mengajak isterinya berjimak, maka hendaklah dia memenuinya, sekalipun dia sedang berada berhampiran tungku api.” (Riwayat at-Tirmizi dan Ahmad)
6. Wanita solehah ialah yang tidak mengutuk dan mengingkari nikmat yang diterima daripada suaminya, berdasarkan sabda baginda: “Bersedekahlah kamu, kerana kebanyakan di antara kamu akan menjadi kayu bakar Jahanam.” Ada seorang wanita yang bertanya: “Wahai Rasulullah, mengapa sedemikian?” “Kerana kamu suka mengutuk dan mengingkari suami.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
7. Wanita solehah ialah yang tidak membocorkan rahsia suaminya. Isteri ialah wadah suami dan orang yang paling rapat dengannya. Membocorkan rahsia seseorang merupakan sifat tercela, lebih-lebih lagi seorang isteri yang membocorkan rahsia suaminya. Perbuatan ini merupakan dosa besar dan merbahaya. Kerana itu tatkala ada seorang isteri Nabi s.a.w. yang membocorkan rahsianya, baginda bersabda: “Sesungguhnya orang yang paling buruk kedudukannya di sisi Allah pada hari kiamat ialah lelaki yang mencampuri isterinya dan wanita yang mencampuri suaminya, kemudian salah seorang di antara keduanya membocorkan rahsia yang lainnya.” (Riwayat Muslim).
8. Wanita solehah ialah yang tidak berkhalwat dengan lelaki yang bukan mahramnya, sebagaimana ia juga dilarang kepada suami yang soleh. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: “Ingatlah, janganlah seorang lelaki berkhalwat dengan seorang wanita, kerana yang ketiga ialah syaitan.” (Riwayat at-Tirmizi, Ahmad, al-Hakim dan Ibnu Hibban)
9. Wanita solehah ialah yang mengetahui bahawa suaminya merupakan seorang pemimpin, berhak menyuruh dan melarang dalam rumahnya. Sabda baginda yang bermaksud: “Tidak dibenarkan manusia bersujud kepada manusia lain. Andaikan manusia dibenarkan sujud kepada yang lain, maka akan aku perintahkan wanita bersujud kepada suaminya kerana besarnya hak suami ke atas dirinya.” (Riwayat Ahmad, al-Bazzar dan al-Haithami)
 

Bagaimana Isteri Yang Solehah Membuat Suaminya Redha:

Syeikh al-Qathan telah menyebutkannya dalam pernyataan yang berikut ini:
01. Memiliki akidah yang mulia / bersih.
02. Membantu suaminya dalam ketaatan kepada Allah s.w.t.
03. Berhias, bersolek dan berdandan hanya untuk suami serta berusaha menampilkan diri dalam suatu pembaharuan.
04. Menghiasi diri dengan memakai emas, tetapi hanya sekadarnya sahaja dan dari emas yang harganya lebih rendah.
05. Memilih minyak wangi yang disukai suami.
06. Tidak perlu bekerja dan mencari penghasilan sendiri, kerana gajinya tidak diperlukan suami. Jika dia hendak bekerja, mestilah mendapat keredhaan suaminya.
07. Memuji suami dengan kata-kata yang lembut, sehingga membangkitkan kasih sayang di antara keduanya.
08. Menghadapi suami dengan wajah yang berseri dan jangan sesekali berwajah muram.
09. Menjauhi rokok terutama di hadapan anak-anak.
10. Menikmati hari cuti dengan bergembira bersama anak-anak dan bertemasya.
11. Menghindari tempat yang akan menimbulkan syubhat supaya tidak menimbulkan anggapan yang buruk,
12. Menjaga pesan suami ketika dia berpergian dan menerima kepulangannya dengan wajah ceria.
13. Mesti pandai menguruskan keadaan rumahnya dan tidak hanya menyerahkannya kepada pembantu rumah.
14. Ikhlas, sabar dan tulus jika suami sedang sakit.
15. Menjaga nilai-nilai dan akhlak dalam kehidupan rumah tangga, lebih menonjolkan iman jika dia kaya atau miskin.
16. Turut menangis atau berpura-pura menangis jika suami menangis kerana sesuatu.
17. Menghidupkan suasana kasih sayang ketika berbual melalui telefon jika suami berada di tempat kerja atau ketika berjauhan.
18. Mendidik anak yang tua, sama ada lelaki atau perempuan untuk menjadi pengganti ibu bapanya dalam mengatur rumah.
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya seorang lelaki jika melihat kepada isterinya dan isterinya juga balas memandang kepadanya, maka Allah telah melihat mereka berdua dengan pandangan rahmat.”
Jika seorang lelaki memegang tapak tangan isterinya, maka gugurlah semua dosa mereka berdua dari sela-sela jari-jari mereka berdua.
Diceritakan dari Nabi s.a.w.: Sesungguhnya seorang lelaki itu (ketika) menyetubuhi isterinya, maka baginya telah dicatat memdapat pahala kerana persetubuhan itu seperti pahalanya anak lelaki yang ikut berperang membela agama Allah lalu terbunuh.
Syeikh Ibrahim bin Shalih al-Mahmud berkata: Jalan yang paling mudah untuk mendapat keredhaan suami ialah dengan senyuman, kata-kata yang manis, berakhlak mulia, belaian yang lembut, memakai perhiasan yang serasi dan menjaga kebersihan. Isteri juga mesti mengetahui hak suami ke atas dirinya lebih besar daripada haknya ke atas suami, berdasarkan firman Allah s.w.t.: “Para suami mempunyai satu tingkatan kelebihan daripada isterinya.” (Al-Baqarah: 228)
Syeikh al-Halwani seorang pendakwah Islam di Thaif mengatakan: Isteri mesti berusaha membuat suaminya redha, sesuai dengan batasan petunjuk yang mulia: “Tidak ada ketaatan terhadap makhluk dalam kederhakaan terhadap Khaliq.”

Ia merupakan kaedah yang utama meliputi beberapa perkara yang penting. Di antaranya ialah:


1. Jangan biarkan suami mencium bau yang busuk dari dirinya. Pastikan dia sentiasa wangi dan bersih.
2. Jangan menyambut kepulangannya dengan memakai pakaian yang kotor dan comot.
3. Menjaga penampilannya.
4. Memperhatikan keadaan suami dan menjaga perasaannya.
5. Jangan menyuruh suami melakukan pekerjaan rumah yang seharusnya dilakukan oleh isteri, dengan alasan bahawa nabi s.a.w. memerintahkan para suami membantu isterinya menyelesaikan kerja-kerja rumah. Isteri mesti melakukannya sendiri.
6. Menghadapi berbagai masalah dengan lapang dada.
7. Memenuhi berbagai ruang, satu persatu.

 

Advertisements

Filed under: Uncategorized

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: