DEWAN ULAMA’ W.P

Ikon

Cakna ulama’,kebersamaan dalam pelbagai perkara dan amanah diatas tugas para anbiya’,’The boon and bane of Islamic Society’

Iman dan pegangan

Terkadang ramai yang asyik membincangkan perihal tarbiah, pembinaan peribadi muslim yang unggul, krisis sosial yang meruncing, pembentukan daulah islamiyyah juga untuk mengembalikan khilafah, namun asas ini seolah-olah isu yang terlepas pandang. Semua aspek tarbiah mestilah terbina daripada pasakkan akidah yang betul sebagaimana bawaan Nabi saw. Ingatlah kembali wahai ummah, isu inilah yang membawa kepada kejatuhan khilafah Uthmaniyyah tanggal 1924.

 

Lawan akidah ialah perkara yang merosakkan iman, lawannya lagi adalah syirik juga kufur. Lawannya juga adalah murtad!

 

Justeru pembinaan individu mestilah bermula bukan sekadar menanam akidah yang benar bahkkan mestilah disertai dengan kefahaman kepada perkara yang boleh merosakkannya.

 

Saidina Umar al Khattab menyatakan :

 


إنما تنقض عرى الإسلام عروة عروة اذا نشأ في الإسلام من لا يعرف الجاهلية

 


Akan terungkai tambatan Islam serungkai demi serungkai dari leher ummat Islam apabila berleluasa di dalam Islam mereka yang tidak mengetahui hakikat jahiliyyah.

Ramai yang mengenal keindahan Islam, tetapi tidak mengambil endah kepada anasir-anasir luar yang bertentangan dengan hakikat Islam. Ajaran sesat pastinya ramai yang cuba jauhi, namun tidak ramai yang sedar akan bahaya ideologi-ideologi moden seperti sekularism, sosialis, komunis dan ise-ism yang boleh mengoyahkan pegangan mukmin kepada ajaran Allah Ta’ala.

Pesanan : fahami baja dan racun akidah.

Jundab bin Abdullah berkata :

كنا مع النبى صلى الله عليه وسلم ونحن فتيان حزاورة فتعلمبا الايمان قبل ان نتعلم القرأن ثم تعلمنا القرأن فزددنا ايمانا

Kami pernah bersama Nabi saw dan kami pada ketika itu masih muda, maka kami belajar aspek keimanan sebelum mempelajari al-Quran, kemudian kami pelajari a-Quran seterusnya bertambahlah keimanan kami.(ibnu Majah)

Hadis ini punyai pelbagai makna yang tersirat. Apa yang ingin saya bawakan ialah ungkapan awal ‘Kami bersama dengan Nabi saw’, yang menggambarkan bahawa para sahabat mengambil sumber tauhid dan akidah daripada sumbar yang tulen. Terus daripada Nabi saw!

Di zaman Rasulullah saw yang tercinta sudah meninggalkan kita, sumber tulen ini diwarisi oleh para ulama’. Ianya bukaan rekaan ala paderi kristian yang boleh menukar ubah kandungan bible sesuka hati, bahkan ketulenan ajaran Islam dijamin Allah Ta’ala dan rasulnya akan dibawa oleh para ulama’.

Sabda Nabi saw :

العلماء ورثة الانبياء

Para alim ulama’ adalah pewaris para nabi’ (Riwayat Ahmad, hadis soheh)

وقال صلى الله عليه وسلم : (رحمة الله على خلفائي) ، قيل ومن خلفاؤك ؟
قال : (الذين يحيون سنتي ويعلمونها عباد الله )

“Rahmat Allah ke atas penggantiku”, maka sahabat bertanya: “siapakah penggantimu”? Jawab Nabi saw : “mereka ialah orang yang menghidupkan sunnahku dan mengajarkkan kepada hamba-hamba Allah yang lain”.(Riwayat ibnu Abdul Barr)

Pastinya sumber akidah tauhid umat Islam tidak boleh lari daripada al-Quran dan as-Sunnah, namun dalam mentafsir, menghurai dan memahami nas ianya mestilah dirujuk kepada yang pakar. Kefahaman yang mantap dalam ilmu tatabahasa Arab, ilmu bantu seperti usul fikh, mustolah hadis, ulum quran dan sebagainya merupakan kemahiran yang bukan dimiliki oleh semua umat Islam. Justeru autoriti ulama’ perlu dihormati, sebagaimana para doktor boleh tersinggung apabila ‘wilayah ilmu’ mereka dimasuki oleh orang yang bukan ahlinya, begitu jugalah etika dalam memahami nas. Mestilah orang yang ahli dan bukan dibuat semberono.

Maka kesan akibat yang akan terhasil daripada kefahaman akidah yang jelas bersumberkan punca yang sebenar nescaya akan membuahkan hasil sebagaimana yang dinyatakan oleh Dr. Yusuf al-Qaradawi :

Tauhid sebenarnya mampu menolong dalam pembentukan syaksiah yang mulia di samping dapat membezakan kehidupan dan halatujunya, penyatuan matlamat serta penentuan jalan (perjuangan) yang dilalui.

Tauhid juga dapat memberikan pemiliknya kekuatan spiritual apabila tauhid itu dapat memenuhi jiwa dengan penuh harapan kepada Allah, kepercayaan penuh dan tawakkal kepadaNya, redha dengan ketentuan danNya dan sabar di atas ujianNya. (Dr. Yusuf al-Qaradawi, Hakikat at-Tauhid)

Advertisements

Filed under: Uncategorized

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: