DEWAN ULAMA’ W.P

Ikon

Cakna ulama’,kebersamaan dalam pelbagai perkara dan amanah diatas tugas para anbiya’,’The boon and bane of Islamic Society’

Mengasah Daya Ingatan Dan Hafazan

Mengasah Daya Ingatan Dan Hafazan      

Kebolehan manusia menjadi kuat atau lemah dengan selalu menggunakan atau mengabaikannya. Ibarat seperti pisau kalau diasah selalu ia akan menjadi tajam. Kalau diabaikan, lama-kelamaan ia akan tumpul dan berkarat. Begitulah dengan daya ingatan manusia. Adalah menjadi kebiasaan ulama’ – ulama’ dahulu menghafal 6,236 ayat Al-Quran dan menghafal 10,000 hingga 100,000 hadis.

Apakah rahsia mereka ? Tidak lain dan tidak bukan kerana mereka berusaha mengasah dan menajamkan daya hafalan mereka sedari kecil lagi. Sekitar usia tujuh tahun mereka mula menhafaz Al-Quran dan dapat menghafaz keseluruhan pada usia 11 atau 12 tahun. Selepas itu mereka mula menghafaz puluhan ribu hadis, tafsir, nahu, sharaf, mantiq dan sebagainya. Imam Muhammad Husaini Az-Zibaidi telah menghafaz 4 jilid kitab Ihya’ Ulumuddin yang mengandungi sekitar 4,000 muka surat serta puluhan kitab lain. Imam Ahmad bin Hanbal pula menghafaz 1,000,000 hadis.

Manusia pada zaman silam sukar untuk memperolehi buku kerana harga buku mahal dan jarang sekali orang yang mampu membelinya. Jadi mereka terpaksa memperolehi ilmu dengan jalan menghafal. Akitiviti menghafal ini mereka lakukan pada setiap hari selama bertahun-tahun.

Daya ingatan manusia pada masa kini semakin lemah kerana kewujudan mesin-mesin pencetak menyebabkan buku boleh dijual dengan harga yang murah. Manusia tidak lagi menjadikan menghafaz sebagai aktiviti harian mereka. Segala-galanya mudah. Ilmu dan maklumat terdapat dalam pelbagai bentuk dan jenis ; akhbar, majalah, buku, telefon, televisyen, komputer dan lain-lain. Kini manusia tidak lagi bergantung kepada hafalan untuk memperolehi ilmu. Ilmu orang dahulu disimpan di dalam otak, manakala ilmu orang sekarang disimpan di dalam kitab. Apabila kebolehan menghafal diabaikan, lama-kelamaan memori kita menjadi tumpul. Sejarah menjadi saksi dan bukti kepada kekuatan daya ingatan yang luar biasa umat terdahulu.

Orang buta mempunyai ingatan yang lebih kuat berbanding dengan orang-orang biasa atau orang pekak dan bisu. Ini adalah kerana mereka tidak mempunyai cara lain untuk memperolehi ilmu dan maklumat kecuali dengan mendengar kemudian mengingatinya di dalam hati. Mereka tidak dapat memperolehinya melalui penglihatan mahu pun pembacaan (kecuali segelintir yang mengetahui tulisan Braille). Daya ingatan mereka terasah dengan sendirinya tanpa disedari. Lama-kelamaan mereka memiliki daya ingatan yang kuat. Sesetengah daripada mereka mampu mengingati beberapa langkah yang diperlukan untuk berjalan ke kantin, dapur dan stesen bas. Inilah rahsia orang buta yang perlu diselami.

Sekolah-sekolah pondok di Malaysia dan Indonesia masih lagi mempraktiskan sistem pendidikan tradisional yang sangat menekan hafalan. Pelajar-pelajar dikehendaki menghafal kitab-kitab tertentu secara keseluruhannya. Sudah lumrah, pelajar-pelajar ini dapat menghafaz keseluruhan kitab Matan Ajrumiah, Matan Qatrun Nada, Matan Al-Fiah dan kitab-kitab dalam pelbagai bidang seperti nahu, sharaf, fiqh, tasawwuf, hadis dan tafsir. Begitu juga pelajar-pelajar sekolah menengah agama kelolaan jabatan-jabatn agama negeri yang banyak menghafal, Ingatan mereka ternyata lebih baik berbanding dengan rakan-rakan dari sekolah menengah biasa.

Untuk mendapatkan kekuatan hafazan, mulai hari ini anda boleh mula menghafaz:

    * Surah-surah Al-Quran yang lazim dibaca.
    * Hadis-hadis.
    * Kata-kata hikmah dalam Bahasa Melayu, Inggeris atau Arab.
    * Peribahasa.
    * Sajak-sajak bermutu.
    * Perbendaharaan kata bahasa Ingeris, Pernacis, Mandarin, Melayu dan sebagainya.
    * Isi-isi penting sesuatu berita akhbar, rencana dan subjek untuk peperiksaan.
    * Rangkaikata-rangkaikata yang menrik dalam sesebuah artikel.
    * Istilah-istilah agama, komputer, ekonomi, undang-undang, psikologi dan sebagainya.
    * Nama anak-anak jiran, rakan dan saudara – mara.
    * Tarikh lahir anak-anak, anak-anak saudara dan anak-anak kenalan istimewa.
    * Nombor telefon yang agak kerap digunakan.
    * Nama-nama kementerian bersama menterinya.
    * Nama-nama pekerja di tempat anda bekerja.

Jadikan menghafal sebagai kegiatan harian yang wajib bagi anda. Namun anda mestilah faham terlebih dahulu tentang apa yang ingin dihafal. Luangkan masa sekurang-kurangnya 20 minit sehari untuk aktiviti menghafal. Lebih lama masa yang diperuntukkan untuk mengasah hafalan, semakin tajamlah daya ingatan anda. Kalau anda benar-benar serius, berusngguh-sungguh dan konsisten terhadap amalan ini, tidak mustahil anda akan berupaya MENGHAFAL SEBUAH BUKU SELENGKAPNYA. Anda akan mampu menghafal setiap muka surat, perenggan dan ayat di dalam sesebuah buku. Ianya bukan mustahil.

Pengetahuan sahaja tidak dapat mengubah diri anda. Yang pentingnya, anda mesti bertindak. Berlatihlah menghafal pada setaip hari. Kembangkan kebolehan yang terpendam di dalam diri anda. Supaya minat anda bertambah, apa yang hendak dihafal, biarlah sesuai dengan pekerjaan, minat, kecenderungan dan hobi anda. Kalau anda pelajar sekolah, hafallah isi-isi penting sesuatu subjek. Kalau anda ingin meningkatkan lagi penguasaan perbendaharaan kata (vocabulary) Bahasa Inggeris, bacalah akhbar atau artikel berbahasa Inggeris sambil menyemak dan menghafal erti perkataan yang tidak diketahui. Kalau anda seorang imam, hafallah surah-surah Al-Quran. Kalau anda seorang penyajak, hafallah sajak-sajak bermutu oleh penyajak terkenal. Kalau anda seorang pensyarah, hafallah istilah-istilah penting di luar bidang anda seperti istilah-istilah undang-undang, ekonomi, agama, perkomputeran dan sebagainya

Advertisements

Filed under: Uncategorized

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: