DEWAN ULAMA’ W.P

Ikon

Cakna ulama’,kebersamaan dalam pelbagai perkara dan amanah diatas tugas para anbiya’,’The boon and bane of Islamic Society’

Hidup dan perempuan

Bismillahhirrahmanirrahim,

Hidup satu anugerah. Bagaimana kalau tidak ada hidup? Sudah tentu gelap. Sudah tentu tak ada makna. Suka tiada, duka tiada. Kerana suka dan duka itu, sinonimnya ialah hidup. Tangis dan tawa.

Bila hidup, ertinya ada cahaya. Bila hidup ertinya ada rasa. Bila hidup ertinya ada suka dan duka. Bagaimana mahu difahami erti suka kalau tiada duka. Apa ertinya duka kalau tidak berselang dengan suka.

Pahit manis, suka duka, terang kelam, sihat sakit, gembira sedih, susah senang membuktikan kita hidup. Tanpa itu semua, tidak ada makna. Bukankah kita lahir dan wujud ini, tidak dengan kemahuan kita sendiri?Bukan lah juga kehendak mak dan ayah kita? Tidak lain hanyalah Dia yang maha berkehendak. Justeru Dia berhak memberi apa sahaja kepada kita. Gembira mahupun duka, tugas kita menghadapinya sahaja. Hadapi apa sahaja yang datang melintangi perjalanan kita dengan keyakinan bahawa Tuhan tidak pernah melupakan kita. Jalan lah terus, Dia akan terus memerhatikan. Dia pasti tidak membiarkan. Lalui lah jalan itu dengan penuh tawakkal, gunakan segala bekal yang telah diberi sebaik-baiknya. Segala deria, akal, hati dan seluruh alam tersedia sebagai bekalan untuk kita menempuh perjalanan panjang kepada-Nya.

Kadang-kadang bekalan mungkin rosak, kadang-kadang kehabisan. Sememangnya kita sendirian dalam perjalan itu, tetapi kita perlu mencari teman. Teman yang sejalan, teman yang ikhlas. Kalau tersalah teman, kita pasti tersesat atau terlalai. Terlupa tujuan dan matlamat perjalanan kita itu.

Kadang-kadang kita tergelincir atau tersilap masuk jalan. Kita terkeliru membuat pilihan, tetapi Allah sentiasa memberi peluang. Bila tergelincir kita bangun semula. Bila tersilap jalan, balik semula ke pangkal jalan. Bila kita tersalah mahupun tersilap, kita bertaubat pohon keampunan. Dia pasti akan mengampunkan. Dengan tersilap kita akan lebih berhati-hati dalam melangkah. Itulah hidup.

Diyana, syaza, nurush, suriana, nurul, khairin, june, hana (bukan nama sebenar) dan lain2, moga kalian terus melangkah. Bersabar dalam menempuh jalan. Jangan diulangi kesilapan. Ambillah apa yang berlaku sebagai pedoman. Semoga masa depan kalian disinari cahaya. Pilih lah jalan yang Allah redhai. Apa sahaja yang berlaku tersembunyi hikmah-Nya yang agung. Keluarlah dari kegelapan, larilah sejauh-jauhnya dari musuh2 Allah dan Rasul-Nya. Semoga kalian tabah.

Air mata duka dan sinar ceria mata kalian bercampur aduk, senyum dan tangis kalian juga, membentuk adunan yang sukar dimengerti di dalam tafakkur ku seorang kakak. Tangisan kalian yang tersedu-sedu, menggigil mencari sinar dan harapan seringkali menggugat naluri kakak dalam diriku. Upaya ku sungguh terbatas, tangan ku terlalu pendek untuk memberi bantuan. Yang aku punya hanya doa…semoga Allah menemani kalian sentiasa. Walaupun kalian, merayu-rayu diriku tidak meninggalkan kalian, tapi sesungguhnya aku hanya manusia biasa yang tetap akan meninggalkan. Kerana janji kita bukan di sini tapi di negeri abadi. Pesanku, bersabarlah…

Sesungguhnya kesilapan yang membuahkan istighfar, adalah lebih baik dan mulia dari ibadah yang membuahkan istikbar. Sungguh kehidupan dan pengalaman kalian yang berwarna-warni itu, memberi makna kepada diri ini. Semoga masa depan kalian yang masih panjang diiringi Redha-Nya.

Advertisements

Filed under: Uncategorized

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: