DEWAN ULAMA’ W.P

Ikon

Cakna ulama’,kebersamaan dalam pelbagai perkara dan amanah diatas tugas para anbiya’,’The boon and bane of Islamic Society’

Himpunan 10 Nov, diminta semua berbaju kuning

Pengerusi Jawatankuasa Badan Penggerak Demokrasi dan Mobilisasi (BERSIH), Haji Mohamad Sabu, telah mengarahkan agar semua peserta yang akan bersama menyertai perhimpunan raksasa rakyat pada 10 Nov 2007 di Dataran Merdeka agar memakai baju berlambangkan BERSIH dan berwarna kuning.

Beliau yang juga Naib Presiden PAS menyarankan demikian ketika menyampaikan ceramah penjelasan kejadian Batu Burok 8 sept 2007 di Kg Maras Batu Rakit.

Semasa menyampaikan ceramah tersebut, beliau telah memakai contoh baju yang dimaksudkan itu.
Dibahagian Hadapan baju tersebut dicetak logo BERSIH dan ditulis slogan Daulatkan Demokrasi.

Sementara dibahagian belakang pula di catatkan tuntutan BERSIH.

Paling tidakpun tambah beliau lagi, sekiurang-kurangnya baju berwarna kuning yang melambangkan tuntutan kedaulatn piliharaya yang adil dan bersih.

Beliau juga memaklumkan bahawa semua media dan akhbar dalam dan luar negeri turut dijemput ke Perhimpunan aman tersebut.

Selain dari itu, wakil Pertubuhan Bangsa-Bangsa bersatu dijangka akan hadir sebagai pemerhati diperhimpunan itu nanti.

Perhimpunan yang bermula dari Dataran Merdeka itu akan berarak ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum kepada Duli Yang Maha Mulia, Yang Di Pertuan Agong.

Advertisements

Filed under: Uncategorized

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: