DEWAN ULAMA’ W.P

Ikon

Cakna ulama’,kebersamaan dalam pelbagai perkara dan amanah diatas tugas para anbiya’,’The boon and bane of Islamic Society’

ULAMA’,PEMUDA DAN MUSLIMAT

‘PEMUDA PAS WAJIB HADIR PERHIMPUNAN RAKYAT SABTU INI’

Oleh:YB. SALAHUDDIN AYUB

Saya selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia meminta kepada siapa yang mengaku menjadi ahli Pemuda PAS, supaya wajib hadir di dalam perhimpunan aman menuntut pilihan raya yang adil, Sabtu ini.Saya mengarahkan khas kepada ahli Pemuda PAS seluruh negara supaya menyertai perhimpunan aman itu bagi memberi kesedaran kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan kerajaan menjalankan pilihan raya secara telus dan adil.

Perhimpuanan aman anjuran Bersih tersebut akan diadakan di Dataran Merdeka, Sabtu 10 November ini, bermula jam 3 petang.

Saya mengingatkan supaya ahli Pemuda PAS seluruh negara, kehadiran dalam perhimpunan aman itu amat penting jika mereka benar-benar mengaku sebagai ahli Pemuda PAS dan mahu meneruskan perjuangan dalam Islam.
Saya minta agar Pemuda PAS dapat buktikan yang kita cintakan keadilan serta keamanan. Jika sami-sami Buddha di Myanmar sanggup berdemonstrasi di jalan raya untuk menuntut keadilan tidak ada sebab bagi Pemuda PAS tidak hadir dalam perhimpunan aman itu.

Saya juga mengingatkan agar Pemuda PAS seluruh negara supaya berani dalam menghadapi apa sahaja cabaran dan halangan, tidak perlu gentar dan amaran atau ugutan daripada pihak polis.

Dalam masa yang sama saya mengingatkan seluruh Pemuda PAS supaya tidak melakukan sebarang provokasi dan mematuhi segala arahan daripada pihak pimpinan Parti.

YB. SALAHUDDIN AYUB
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat

Advertisements

Filed under: kenyataan

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: