DEWAN ULAMA’ W.P

Ikon

Cakna ulama’,kebersamaan dalam pelbagai perkara dan amanah diatas tugas para anbiya’,’The boon and bane of Islamic Society’

Calon PAS disaran Qiamulail setiap malam

Kuala Lumpur: Bagi menghadapi pilihan raya umum ke-12, selain usaha berlipat ganda dan menunaikan kewajipan agama, calon-calon PAS disaran untuk menguatkan amalan solat sunat tahajud dan hajat setiap malam di samping bermunajat kepada Allah SWT.

Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Dato’ Mohamed Daud Al-Iraqi berkata amalan ini sangat penting supaya calon-calon PAS dapat memantapkan keimanan, ketakwaan dan akhlak seterusnya memberi kemenangan besar kepada PAS dalam pilihan raya umum akan datang.

“Dalam pilihan raya ini pelbagai anasir tidak sihat muncul seperti khianat, sabotaj dan tindakan provokasi yang boleh mengundang kecelakaan.

Oleh itu, tiada ada jalan lain melainkan berdoa supaya Allah melindungi kita. Allah SWT sahajalah yang jaga kita” katanya ketika dihubungi.

Amalan-amalan itu juga katanya dapat membersihkan jiwa calon-calon PAS supaya sentiasa bermuhasabah, mendekatkan diri pada Tuhan serta masyarakat termasukmenghindari daripada terlibat perkara-perkara tidak baik yang boleh menjejaskan peluang mereka dalam pilihan raya nanti

Advertisements

Filed under: Isu semasa, kenyataan

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: