DEWAN ULAMA’ W.P

Ikon

Cakna ulama’,kebersamaan dalam pelbagai perkara dan amanah diatas tugas para anbiya’,’The boon and bane of Islamic Society’

‘Ulama warasatul Anbiya’

Memperkenalkan lagi ‘ulama’ ‘amilin. Gambar di atas tu ialah Almarhum Sheikh Muhaddith Abdul Fattah Abu Ghuddah. Saya tak pernah berjumpa. Saat beliau meninggal dunia, saya sedang mengikuti Kursus Bahasa Arab di Nilam Puri (sementara tunggu result SPM). Wafat pada tahun 1997. Ilmunya lautan… wara’nya… tawadhuknya… Masya Allah… Beliau menulis banyak buku, mentahqiq pelbagai kitab. Menguasai pelbagai bidang ilmu. Satu saja pengalaman yang saya ada berkaitan Almarhum Sheikh. Ketika di Universiti Malaya, masa tu tahun dua di Akademi Pengajian Islam. Di dalam kelas Ustaz Rashid, Subject Manahij Mufassirin (Methodology of Mufassirin), Ustaz menceritakan pengalamannya di al-Azhar al-Syarif bersama al-Sheikh.

Kehebatan beliau diakui oleh semua. Beliau dikhabarkan menghafaz Kitab Fath al-Bari (kitab Fath al-Bari ni merupakan Kitab Syarah kepada Sahih al-Bukhari dikarang oleh Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani). Pelajar2 Arab yang nakal dan bising, selalu bergaduh di dalam kelas; tapi menurut Ustaz Rashid mereka akan terdiam sebaik sahaja al-Sheikh melangkah masuk ke dalam dewan kuliyyah. Ustaz Rashid menceritakan Sheikh Abdul Fattah bukan orang yang keras atau garang, tetapi disebabkan ‘haibah’ ilmunya…semua orang terasa berada di dunia lain tatkala bersamanya. (Mungkin mereka berasa seolah berada di dunia lain kerana memang tidak ada dunia bersamanya, i mean dalam hatinya).

Ustaz Rashid cerita lagi, saya lihat waktu tu, Ustaz Rashid seolah sebak, kami yang dalam kelas terpaku dan sepi. (entahlah mungkin sepi sebab ada yang tidur, tapi saya tak tidur, sebab subject2 yang menyentuh Riwayat hidup Ulama’ ni sangat2 saya minat). Ustaz Rashid kata, kalau al-Sheikh menceritakan hadith2 berkaitan Neraka, beliau akan menangis dan seluruh pelajar dalam dewan kuliyyah itu juga menangis. Bila beliau mencerita tentang syurga pula, semua rasa tenang dan gembira. (Hmmm saya terfikir Neraka adalah reflect kepada sifat Jalal Allah dan syurga semestinya manifest sifat Jamal Allah). Itu sahaja pengalaman saya, sejak itu, saya mula menyiasat tentang al-Sheikh. Semakin hari semakin jatuh cinta rasanya. Semoga Almarhum Sheikh Abdul Fattah Abu Ghuddah (r.hm) dilimpahkan segala kurnia RahimNya atas sumbangan dan pengorbanan beliau yang begitu agung.

Gambar di atas ialah Sheikh Said Ramadhan al-Buti bersama Habib Ali al-Jufri (dah cerita posting lepas). Buku Sheikh al-Buti yang pertama saya beli ialah Fiqh al-Sirah. Sebelum tu saya cuma dengar nama. Saya beli sebab kena ambil subject Fiqh Sirah di UM dulu pada tahun pertama. Syukur rasa saya, buku tu menyebabkan saya tahu keikhlasan Sheikh al-Buti. Saya menjadi lebih prihatin pasal sirah bermula dari buku tu. Beliau mengarang puluhan kitab. Sila ke web beliau, boleh download kuliah2nya juga.

Saya ada satu pengalaman dengan Sheikh al-Buti. Suatu pagi hari Sabtu tahun 2000 saya bergegas keluar dari Hostel Pantai Puri, UM. Saya ingin ke Hotel Summit yang saya tak tahu di mana. Saya pergi ke bus stop…saya bertanya kepada orang di bustop, mereka pun tak tahu. Setiap bus yang lalu saya tahan dan tanya, ada lalu Hotel summit tak? Beberapa bus kata tak lalu. Sampailah bus number 4, drivernya cakap..ya,ya kami lalu. Saya pun naik. Dan sampailah saya ke Hotel Summit. Saya pergi tu atas tujuan nak bertemu Sheikh Said Ramadhan al-Buti, beliau datang ke Malaysia. JIM anjurkan Seminar pasal Peranan Ulama’ menghadapi Globalisasi. Untuk student murah saja, RM30. Orang lain RM200.

Waktu sampai, saya fikir saya dah terlewat, nasib baik saya dah daftar melalui telefon seminggu lepas. Cuma datang nak ambil fail dan name tag. Saya pun masuk dalam lif dan tekan button tutup. Tiba2 terbuka balik, bila segerombolan ulama’ dan termasuk Sheikh al-Buti naik lif yang saya naik. Saya rasa macam nak menjerit. Takut campur gembira. Naiklah ke atas dan saya berdiri tepi-depan sekali. Hehe..tak boleh salam tapi boleh naik lif sekali pun takpe…

Dan sesi kuliah Sheikh paling mengharukan. Siapa yang tak tersentuh hati, masa tu saya susah untuk menangis sebenarnya. Tapi saya tak boleh mengelak, lain betul penangan Syeikh dari Damascus ini. Beliau menyentuh tugas ulama’ menghadapi globalisasi secara general. Tetapi beliau focus pasal ikhlas…berderai-derai air mata saya mengalir.

Dan minggu depannya sekali lagi saya mendengar kalam al-Sheikh bila beliau dijemput ke Akademi Pengajian Islam. Melimpah ruah dewan Kuliah Utama APIUM. Nasib baik saya dapat duduk depan. Itu sahaja dapat saya catatkan.


Gambar di atas ni pulak gambar Sheikh Wahbah al-Zuhayli yang menulis Tafsir Munir. Beliau juga menulis Fiqh al-Islam wa Adillatuh. Beliau juga dari Damsyiq/Damascus, Syria. Alhamdulillah, saya pernah bertemunya ketika beliau datang ke UM dulu. Beliau melancarkan terjemahan Tafsir Munir ke Bahasa Malaysia yang dilakukan oleh Persatuan ‘Ulama’ Malaysia.

Setakat tu dulu kali ni, moga kita dapat menghirup limpahan ilmu dari para masyaikh dan ‘ulama’ yang ikhlas2 ni. Menjadi sebati dengan diri, membuahkan kelazatan iman yang tiada taranya. Ameen.

 

Filed under: Uncategorized

Tinggalkan komen